web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 8:18AM

Tangkap layar saspek yang dikatakan melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita ketika berada dalam tren beberapa hari lalu - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Unit Tindakan Khas Polis Bantuan Prasarana akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan tindakan susulan untuk mengenalpasti dan mengesan seorang lelaki, yang didakwa melakukan gangguan seksual dalam sebuah tren.

Jurucakap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku 26 Mac lalu.

Menurut beliau, mangsa iaitu seorang wanita sedang dalam perjalanan dari Stesen MRT Ampang Park ke Stesen MRT Putrajaya Sentral.

“Kami merujuk kepada ciapan yang tular di media sosial berkenaan satu kes gangguan seksual yang berlaku dalam sebuah tren MRT Laluan Putrajaya. 

“Suspek telah bertindak melakukan gangguan seksual dan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan kepada mangsa dan beberapa wanita lain,” katanya.

@getaranmy Seorang pengguna X memuatnaik video yang menunjukkan rakan beliau diganggu seorang lelaki yang tidak dikenali dalam tren MRT (laluan Putrajaya). Lelaki itu turut menyentuh wanita tersebut tanpa izin dan sempat mengeluarkan kata-kata ugutan yang jelik sebelum turun dari tren. #getaranmy #semasa ♬ original sound - Getaran

Jelas jurucakap itu, Prasarana susulan kejadian telah menghubungi mangsa bagi mendapatkan maklumat terperinci dan butiran lanjut mengenai saspek.

“Penelitian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut dibuat selain visual daripada rakaman yang dilakukan oleh mangsa.

"Kami menyeru kepada semua penumpang yang mengalami gangguan seksual agar melaporkan kepada pihak kami agar tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Baru-baru ini, video insiden berkenaan tular di media sosial selepas dimuat naik di X.

Tinjauan Getaran bagaimanapun mendapati ciapan tersebut telah dipadamkan. - Getaran, 31 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Qawiy Dicabar Sumpah Laknat Jika Benar Ia Fitnah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar