web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 9:29AM

Tindakan tegas akan diambil ke atas doktor yang terbabit melakukan gangguan seksual - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes gangguan seksual yang dikatakan berlaku di Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB), Ipoh didakwa melibatkan lima doktor.

Jabatan Netizen Malaysia menerusi ciapan di X mendakwa, kesemua mereka terdiri daripada tiga doktor India dan dua doktor Melayu.

Menggunakan akaun @jnmalaysia, pengendali akaun terbabit memuat naik ciapan berkenaan untuk mengulang ciap hantaran, mengandungi sekeping surat layang yang ditujukan kepada Pengarah HRPB, Datuk Dr Megat Iskandar Megat Abdul Hamid. 

Antara lain, surat layang itu mendedahkan kes gangguan seksual di Jabatan Ortopedik hospital terbabit, didakwa dilakukan seorang doktor berbangsa India.

Dakwa pengadu, doktor berkenaan mengganggu doktor pelatih perempuan dan sering kali memberikan pelbagai ugutan jika kehendaknya tidak dituruti.

Jelas pengadu lagi, kejadian itu berlaku di kawasan yang terasing dari klinik utama iaitu di Wound Clinic.

“Dr V**** B*** sering meminta MO (pegawai perubatan) lain yang bertugas di situ untuk berpindah bekerja di tempat lain untuk memudahkan dia mengganggu kami tanpa perhatian doktor lain. 

“Dia mengunakan kesempatan ini untuk meraba kami, menyentuh bahagian tali bra kami, mencubit badan dan paha kami dan bercakap lucah. Kami sudah cuba untuk menjauhkan diri kami daripada doktor gila seks ini tetapi kami akan dilabel sebagai doktor bermasalah yang tidak mahu bekerja dan dibuli dan dimarah doktor lain,” dakwa pengadu dalam surat tersebut.

Kenyataan Pengarah Kesihatan Perak
Kenyataan Pengarah Kesihatan Perak

Susulan penyebaran surat, Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha semalam berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengesahkan telah menerima surat layang tersebut melalui pos pada Khamis, 28 Februari lalu.

Menurut beliau, JKN Perak telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas pada 29 Februari.

“Keahlian Jawatankuasa ini juga terdiri dari pegawai-pegawai yang turut dilantik oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM. 

“Siasatan kini sedang dilaksanakan dengan pengumpulan bukti-bukti. KKM memandang pertuduhan ini sebagai sangat serius dan mempunyai toleransi sifar terhadap gangguan seksual di tempat kerja,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, kes seakan sama dikatakan turut berlaku di Jabatan Ortopedik Hospital Tuanku Ja’far (HTJ) di Seremban, Negeri Sembilan.

Kejadian tersebut didedahkan menerusi aplikasi Telegram pada 3 Mac lalu.

Pengarah HTJ, Datuk Dr Zaleha Md Noor susulan itu berkata, satu jawatankuasa penyiasatan telah diwujudkan khusus untuk menyiasat dengan segera isu tersebut. 

Beliau berkata, pengurusan HTJ turut memohon kerjasama semua pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak terlibat sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

Kenyataan Pengarah HTJ, Seremban
Kenyataan Pengarah HTJ, Seremban

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi jaminan, tindakan tegas akan diambil ke atas pelaku sekiranya semua dakwaan tersebut terbukti benar.

“Saya mahu dibudaya etika kerja yg 'selamat dan adil', bermula dengan pimpinan di semua peringkat dalam KKM.

“Jika siasatan terbukti benar, saya akan ambil tindakan tegas. KKM mengamalkan 'Toleransi Sifar' terhadap sebarang 'Gangguan Seksual dan Harassment',” tegasnya. - Getaran, 17 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 5 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 1 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad