web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 4:50PM

Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) ketika ditemui media di Pangkalan TLDM - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Mayat 10 mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah berjaya dibawa keluar dari dua lokasi bangkai pesawat tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak,  Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di balapan Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

"Tiada mangsa terselamat dalam kejadian tersebut dan mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

"Kerja-kerja siasatan nahas yang diketuai oleh TLDM bersama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dilakukan di lokasi nahas dan butirannya kita akan keluarkan kelak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata kesemua ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan bagi tujuan pengecaman.

"Semua mayat mangsa mash berada di sini (Hospital Angkatan Tentera TLDM Lumut) dan proses pengecaman masih dilakukan.

"Selepas selesai proses terbabit mangsa akan dibawa ke HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun) bagi tujuan bedah siasat. Setakat ini siasatan berhubung nahas masih dilakukan," katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas itu dilaporkan sedang menjalani raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad