web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Ugut, Dera Isteri Dengan Lilin Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh isterinya dan mendera wanita itu dengan menitiskan cecair lilin pada badannya, ditahan polis kelmarin di Kampung Alai, Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata polis sebelum itu menerima laporan daripada wanita berusia 35 tahun itu kira-kira 1.35 pagi yang mendakwa dia diikat serta diugut dengan pisau oleh suaminya yang menuduhnya berlaku curang dalam kejadian Sabtu lepas.

"Siasatan awal mendapati pada 13 April, lebih kurang jam 10.30 malam semasa mangsa sedang tidur di rumahnya, dia didatangi oleh suaminya yang berumur 42 tahun dan mengikat kedua-dua tangan mangsa dari arah belakang menggunakan tali sambil memegang sebilah pisau.

"Suami mangsa (suspek) telah menuduh mangsa berlaku curang dan memaksa mangsa untuk mengaku terhadap tuduhan terbabit, suspek turut merentap rantai emas dan gelang tangan sehingga terputus, mengoyakkan baju mangsa serta menitiskan cecair lilin pada badan mangsa sambil mengugut untuk membakar mangsa, mangsa menafikan tuduhan itu," katanya dalam kenyataan.

Zulkifli berkata mangsa kemudian berpura-pura ingin ke tandas dan meminta suspek untuk membuka ikatan sebelum menjumpai serangkai kunci kereta di dapur rumah dan melarikan diri dengan menggunakan kereta serta ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan.

Katanya, sepasukan polis telah dihantar untuk menjejaki suspek sebelum ditahan 8.30 malam semalam di kediamannya di Kampung Alai serta merampas beberapa barang kes termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek.

"Mangsa kemudiannya pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital Daerah Gerik bagi mendapatkan rawatan, kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad