web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chegu Bard Akan Berdepan 1 Lagi Pertuduhan Di Mahkamah Berkait Isu Forest City

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 4:40PM

Chegu Bard ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. - gambar Afif Abd Halim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktivis Badrul Hisham Shaharin akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok dipercayai berkaitan dengan kenyatannya mengenai projek kasino di Forest City, menerusi media sosial.

Bagaimanapun peguam bela, kepada Badrul Hisham, Rafique Rashid Ali, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan perincian pertuduhan anak guamnya.

“Chegu Bard akan dikenakan satu lagi pertuduhan berkait dengan hantarannya di media sosial.

“Bagi kes itu beliau sudah diikat jamin, cuma esok adalah untuk pertuduhahan tapi mengikut akta apa itu kami belum pasti lagi,” katanya kepada media di lobi Kompleks Mahkamah hari ini.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira jam 7 malam pada Sabtu.

Penahanan itu dipercayai berhubung tindakannya memuat naik hantaran yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hub kewangan yang akan dibina di Forest City, Johor, di Facebooknya.

Ia susulan daripada laporan agensi berita Business Times Singapore dan Bloomberg.

Menurut polis, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, Anwar, Berjaya Corporation Berhad dan Kumpulan Genting menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung laporan itu.

Menurut laporan Bloomberg, Anwar menemui pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino bagi Forest City minggu lalu.

Pagi tadi, Chegu Bard dihadapkan dua pertuduhan memfitnah dan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau berdepan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Pertuduhan itu berkaitan dengan kenyataan memfitnah oleh pemilik akaun Facebook Chegu Bard yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pertuduhan menghasut berhubung isu pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd menghadap Sultan Ibrahim.

Namun, beliau mengaku tidak bersalah dan hakim, Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan. – Getaran, 29 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad