web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perselisihan Faham Punca Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2024 12:49PM

Rusdi Mohd Isa (kanan) ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan IPK KL - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham melibatkan perniagaan dikenal pasti sebagai punca kejadian sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom sehingga menyebabkan kebakaran pada 9 Mei lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mond Isa berkata, siasatan awal daripada penahanan enam suspek termasuk yang terbaharu pagi ini, mendapati motif berpunca daripada rasa tidak puas hati dalam perniagaan.

“Suspek terbaharu yang ditahan seorang lelaki berumur 23 tahun yang akan direman pagi ini dan kita belum dapat melengkapkan siasatan lagi, kerana terdapat dua atau tiga orang yang masih bebas dan perlu ditangkap.

 "Kesemua enam suspek ini ada yang kita telah tahan reman, ada juga yang tidak dapat reman dan yang masih dalam tahanan reman pun ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di lbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Rusdi, kesemua suspek yang ditahan itu mempunyai peranan masing-masing dan ada antara mereka mempunyai rekod jenayah.

"la kes terpencil, perselisihan antara ahli perniagaan berkendan sebab ada yang diupan untuk membaling bom terbabit. Namun, setakat ini tiada kaitan dengan kongsi gelap," katanya.

Beliau berkata terdapat dua daripada enam suspek turut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merush di tempat awam dengan menggunakan senjata.

Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 9 Mei lepas memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan itu yang terletak di Jalan Yap Kwan seng.

Keesokannya, Rusdi dilaporkan berkata polis telah mengambil keterangan daripada pemilik premis dan pengurus pusat hiburan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mengulas kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang pada Isnin lepas, beliau berkata tujuh laporan polis diterima pihaknya oleh pemilik kenderaan akibat kejadian terbabit. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar