web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Gangguan Teknikal MRT Berpunca Daripada Tekanan Angin Rendah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 7:07AM

Rapid Rail memaklumkan gangguan pertama melibatkan masalah teknikal di Stesen MRT Pasar Seni bermula pada 5.24 petang. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua gangguan teknikal dialami perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang semalam berpunca daripada tekanan angin rendah yang menyebabkan tren berhenti dan sistem brek kecemasan diaktifkan secara automatik.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) melalui kenyataan semalam memaklumkan gangguan pertama melibatkan masalah teknikal di Stesen MRT Pasar Seni bermula pada 5.24 petang.

"Pasukan kejuruteraan Rapid Rail berjaya menggerakkan tren tersebut pada 6.49 petang dan kekerapan perkhidmatan tren telah diselaraskan secara berperingkat pada 7.10 malam," katanya.

Rapid Rail berkata 10 bas perantara percuma disediakan antara Stesen MRT Muzium Negara dan Stesen MRT Maluri serta mengaktifkan pelan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan penumpang yang terkesan.

Mengenai gangguan teknikal di Stesen Batu 11 Cheras menghala ke Kwasa Damansara pada 7.23 malam, ia berkata pasukan kejuruteraan berjaya menggerakkan tren pada 8.04 malam serta kekerapan perkhidmatan tren diselaraskan secara berperingkat pada 8.10 malam.

"Kakitangan operasi dan Polis Bantuan ditempatkan di stesen bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas serta pengumuman dibuat menerusi media sosial Rapid KL, di semua stesen dan di dalam tren MRT untuk makluman penumpang," katanya.

Rapid Rail memaklum pihak operasi telah melanjutkan perkhidmatan waktu puncak dengan kekerapan tren setiap enam minit sehingga 8.30 malam dan memohon maaf di atas kesulitan dialami penumpang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad