web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2026 5:05PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman mewajibkan kesemua warga agensi itu membuat atau mengemas kini pengisytiharan harta masing-masing dalam tempoh sebulan dari tarikh pemakluman rasmi yang akan dikeluarkan kelak.

Beliau berkata arahan itu merupakan langkah awal di bawah kepimpinannya bagi memperkukuh integriti organisasi, sekali gus untuk membina semula kepercayaan rakyat terhadap SPRM sebagai insititusi yang bebas, profesional dan adil.

"Sebagai mempelopori usaha membina serta meyakinkan kepercayaan rakyat, saya mengarahkan kesemua pegawai SPRM untuk melakukan proses pengisytiharan harta dalam tempoh satu bulan dari tarikh pemakluman yang akan dikeluarkan.

"Bagi mempelopori hasrat tersebut, saya sendiri akan memulakan proses pengisytiharan harta tersebut, Insya-Allah," katanya ketika menyampaikan amanat sulung pada Majlis Perhimpunan Bulanan SPRM, di sini hari ini.

Abd Halim turut menegaskan bahawa di bawah kepimpinannya, SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak termasuk tekanan awam, sentimen media atau dijadikan sebagai alat kepentingan politik.

"Keadilan serta kedaulatan undang-undang tanpa pengecualian dan tanpa kompromi, itulah yang akan dipegang. Integriti bukan sekadar slogan atau lafaz ikrar, ia mesti diterjemahkan melalui keputusan yang dicapai secara rahsia dan siasatan diteruskan tanpa gentar," katanya.

Beliau turut mengingatkan warga SPRM agar tidak mencemarkan imej organisasi dengan terlibat dalam sebarang salah laku sehingga menjadi seperti pepatah "kelapa yang ditebuk tupai" atau "setitik nila yang merosakkan susu sebelanga".

Selain itu, beliau menekankan bahawa warga kerja SPRM perlu berteraskan dua sifat utama iaitu kuat dan amanah, sebagaimana digariskan dalam surah Al-Qasas.

Abd Halim berkata sifat kuat merujuk kepada kecekapan dan kepakaran dalam melaksanakan tugas, manakala amanah pula mencerminkan kejujuran yang menjadi tunjang kepada perkhidmatan awam.

"Gabungan kedua-dua sifat ini akan memastikan SPRM terus dihormati sebagai benteng utama integriti negara," katanya.

Menyentuh budaya kerja organisasi, Abd Halim turut mengingatkan warga SPRM supaya menjauhi sikap sombong serta ego ketika menjalankan tugas kerana setiap tindakan mereka sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat.

Beliau turut menegaskan bahawa keadilan tidak boleh dirunding dan integriti sebenar sering diuji melalui keupayaan seseorang untuk menolak campur tangan atau pengaruh yang berkepentingan. - BERNAMA

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad