web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gudang Simpan Kanopi Terbakar, Punca Kejadian Masih Disiasat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 6:02PM

Sebuah gudang simpan kanapi terbakar di Lorong Rambutan, Kampung Baru Sri Aman, Johor Bahru, semalam. - Gambar Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebuah gudang menyimpan kanopi bagi kegunaan majlis yang terletak di Lorong Rambutan, Kampung Baru Sri Aman di sini, musnah dalam kebakaran, semalam. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Mohd Ridzuan Malek Rivan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran gudang berkenaan melalui talian terus ke balai pada jam 8.55 pagi. 

"Satu jentera, satu EMRS serta satu utiliti Pajero dikejarkan ke lokasi kejadian, selain kita juga menerima bantuan BBP Tebrau dan BBP Bandar Baru Kulai, masing-masing satu jentera, satu EMRS serta satu uiliti Perodua Kembara. 

"Keseluruhan anggota yang terbabit adalah seramai 23 orang," katanya. 

Beliau yang juga Ketua BBP Kempas berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, 90 peratus bangunan gudang berstruktur kekal itu sudah musnah dijilat api.

"Operasi memadamkan api dimulakan dengan menggunakan satu aliran, dua pancutan air tangki pam jentera dan jentera tangki air selain dari sumber air pili bomba," katanya. 

Menurut beliau, kebakaran yang berlaku tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. 

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.13 malam tadi, dalam operasi yang mengambil masa hampir 12 jam itu. – Getaran, 3 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad