web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia Terbuka Kepada Penyalahgunaan - Syahredzan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 8:41PM

Meskipun menyokong kebebasan bersuara di media sosial, beliau mengakui tindakan itu perlu ada batasnya. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa undang-undang sedia ada di negara ini membenarkan mereka yang berkuasa menyekat pengkritik yang mengeluarkan kenyataan tidak sehaluan.

Justeru, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa pindaan dilakukan terhadap peruntukan itu.

Beliau berkata, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terutamanya memerlukan semakan segera, apatah lagi definisi yang terlalu luas menjadikannya lebih terdedah kepada penyalahgunaan.

Peruntukan berkenaan mencakupi penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar dan menjenayahkan mana-mana individu yang membuat atau menyebarkan komen bersifat lucah, jelik, palsu, menghina atau menyinggung perasaan dalam talian dengan niat untuk menjengkelkan, menyalahgunakan, mengugut atau mengganggu orang lain.

“Adalah menjadi harapan saya dalam penggal Parlimen ini, kerajaan perpaduan akan membentangkan pindaan kepada seksyen ini.

"Mungkin kita tidak perlu menghapuskan sepenuhnya kesalahan di bawah seksyen ini kerana memang diakui terdapat peruntukan tertentu yang masih diperlukan, tetapi mungkin yang lain boleh disemak dan dipinda,” katanya ketika membahaskan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, rakyat perlu dibenarkan meluahkan rungutan dan kritikan mereka dalam talian tanpa rasa takut untuk dihukum.

“Kadangkala, mereka menyuarakan rasa tidak puas hati. Tetapi betapa teruknya untuk dikutuk oleh rakyat apabila kita berkuasa? Kadang-kadang, itulah satu-satunya cara rakyat boleh menyuarakan pandangan mereka,” katanya.

Meskipun Syahredzan menyokong kebebasan bersuara, beliau mengakui tindakan itu perlu ada batasnya.

“Bukan bermakna boleh buat fitnah. Membenarkan rakyat bersuara tidak bermakna membiarkan ungkapan yang boleh mengganggu keharmonian negara, berbohong, dan menghasut sentimen perkauman," katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan polis baru-baru ini yang mahu mendakwa pengasas Refuge for the Refugees, Heidy Quah atas kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, walaupun ia kemudiannya dibatalkan.

Heidy berkata, selepas dikhabarkan akan didakwa di bawah peruntukan itu kerana hantaran di Facebooknya yang menyatakan kebimbangan mengenai penahanan beramai-ramai pelarian dan migran semasa sekatan COVID-19, dia dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa polis tidak akan meneruskan kes tersebut.

Aktivis itu sebelum ini didakwa di bawah seksyen yang sama pada 27 Julai 2021 kerana menyiarkan kandungan dalam talian mengenai keadaan dihadapi pelarian di depoh Imigresen.

Sebelum ini, pelbagai kumpulan hak asasi turut menggesa kerajaan untuk meminda atau menolak sama sekali peruntukan yang dipertikaikan itu. – The Vibes, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Layanan Mewah Pada Najib, Kerajaan Perlu Beri Jawapan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Scam Dalam Talian: Ramai Yang Tertipu Sebab Tidak Sedar

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad