web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Scam Dalam Talian: Ramai Yang Tertipu Sebab Tidak Sedar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 9:53AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan  bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran rakyat agar tidak terjerat dengan penipuan dalam talian atau ‘online scam’ yang semakin berleluasa.

Peguam, Syahredzan Johan berkata, kerajaan perlu menggerakkan kempen bersepadu cakna penipuan atas talian sebagai satu usaha memastikan masyarakat sedar dengan ancaman ‘scammer’ berkenaan.

Syahredzan Johan
Syahredzan Johan

“Yang paling penting adalah kesedaran umum mengenai penipuan atas talian ini. Ramai yang tertipu sebab mereka tidak sedar bahawa adanya penipuan seperti ini. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Kumpulan Sokongan Mangsa-Mangsa Penipuan Kewangan Online sebelum ini menggesa kerajaan agar tidak membisu dan bertindak segera terhadap sindiket penipuan Touch ‘n Go eWallet yang semakin berleluasa.

Penasihatnya, Lee Chean Chung berkata, pemerhatian mendapati, akaun e-wallet mampu dibuka secara mudah dengan menggunakan identiti palsu.

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung

Lebih membimbangkan jelasnya, wang itu juga boleh ‘dicarum’ ke dalam akaun palsu terbabit.

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, beliau menyedari terdapat beberapa pengumuman khidmat awam (public service announcement) tentang bahaya penipuan atas talian namun usaha tersebut perlu dipertingkat.

“Ia perlu dipertingkat menjadi satu kempen bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak. Terangkan dan kemaskini maklumat mengenai bagaimana scammers ini beroperasi,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, undang-undang berkaitan penipuan sedia ada termasuk di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia dilihat sudah mencukupi.

Haniff Khatri Abdulla
Haniff Khatri Abdulla

Beliau berkata, undang-undang tersebut boleh diguna pakai oleh pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi, ada penipuan telah berlaku.

“Orang yang jadi mangsa (penipuan) wajar mengambil langkah untuk membuat laporan (kepada pihak berkuasa). Tetapi sebaiknya sebelum dia ‘masuk’ mana-mana scam, dia sepatutnya memeriksa pihak berkenaan,” katanya.

Mengikut laporan, sejumlah 31,169 kes jenayah dalam talian direkodkan pada 2021 hingga 30 Jun lalu.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah dalam talian itu merangkumi penipuan pembelian secara dalam talian, pinjaman tidak wujud, African scam atau love scam, ‘Macau scam’, pelaburan, ‘business email compromise’ dan tipu khidmat pesanan ringkas (SMS). - Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad