web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 12:41PM

– Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 49 kertas siasatan telah dibuka sejak 1 Januari tahun ini hingga 30 April lalu, susulan kes penyamaran sebagai Pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yusoof berkata, kesemua penyamaran itu melibatkan kerugian berjumlah RM6,798,548.95.

Menurut beliau, kewujudan NSRC telah dimanipulasi oleh sindiket penipuan melalui penyamaran untuk memperdaya mangsa.

“Dalam kes-kes ini, mangsa akan menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai dari NSRC.

“Pegawai tersebut kemudiannya memaklumkan pihak NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa ekoran terdapat aduan bahawa nombor telefon mangsa telah digunakan dalam aktiviti penipuan,” katanya.

Jelas Ramli, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Mangsa akan diarahkan mengikut segala arahan yang diberikan sehinggalah mangsa membuat pindahan wang ke akaun bank yang ditetapkan dan seterusnya mengalami kerugian,” katanya.

Beliau menegaskan, NSRC adalah pusat panggilan yang hanya menerima panggilan daripada orang ramai.

“Ia adalah berbentuk komunikasi sehala sahaja. NSRC tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu, justeru sebarang panggilan yang kononnya daripada NSRC adalah satu penipuan,” tegasnya.

Ramli memberitahu, semua mangsa digesa segera menghubungi NSRC di talian 997 untuk membuat laporan.

“Sebaiknya panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang untuk menyekat wang yang dipindahkan lebih tinggi,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad