web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 9:34AM

Ramai penduduk tempatan tidak memiliki kewarganegaraan atas pelbagai faktor - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mempertikaikan program kewarganegaraan anjuran DAP dicabar untuk melihat sendiri jumlah permohonan yang diterima daripada penduduk tempatan.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, kesemua pemohon tersebut diberikan nasihat perundangan yang sah untuk proses memohon kewarganegaraan mengikut prosedur sebenar.

Menurut beliau, permohonan itu juga bukan datang daripada warganegara China seperti yang didakwa banyak pihak.

“Ramai orang di luar sana ada asas untuk dapat kewarganegaraan. Ada yang memang tinggal sini, tapi sebab dokumentasi masih tak dapat IC (kad pengenalan) biru. Ada yang anak angkat, mak bapak Malaysian dan mahu jadikan anak Malaysian. Ada anak lahir kepada ibu Malaysian, tapi sebab tak daftar perkahwinan maka anak tak boleh dapat warganegara melalui kuatkuasa undang-undang.

“Dan setiap permohonan KENA ADA BUKTI DOKUMENTASI SOKONGAN! Ramai yang tidak tahu, jadi program macam ini bagitahu apa yang diperlukan,” katanya melalui ciapan di X.

Syahredzan Johan - Gambar fail
Syahredzan Johan - Gambar fail

Tegas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP itu, semua petugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meneliti dengan terperinci setiap permohonan diterima untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan teratur.

“Sekali lagi saya cakap, jangan hina penjawat awam di JPN. Mereka go through setiap permohonan untuk pastikan semua teratur. Baru hantar ke menteri. Datang orang macam walaun ni, dok hina mereka. Lagipun wahai si rasis, Melayu-Bumi dah 70 peratus di Malaysia ni. Permohonan ni semua takkan tukar status demografi Malaysia. Oh dan lagi satu, wahai walaun, BUKAN SEMUA PERMOHONAN ni adalah Cina. 

“Otak rasis. (Kalau berani datang saya tunjuk berapa banyak permohonan kami dapat, bukan individual kes, untuk lindungi privasi dan data peribadi),” katanya, berang.

Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Nurul Islam Mohamed Yusoff mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng terbabit menganjurkan Program Permohonan Kewarganegaraan di Johor Bahru.

Poster penangguhan program taklimat dan penerangan kewarganegaraan - Gambar Facebook
Poster penangguhan program taklimat dan penerangan kewarganegaraan - Gambar Facebook

Dakwanya, acara berkenaan menerima kerjasama Pengarah Program Kewarganegaraan DAP Pulau Pinang, Yeap Choon Keong.

“Rupanya program ni dah dibuat di seluruh Pulau Pinang dan sekarang dipanjangkan ke seluruh Malaysia. Kawasan Lim Guan Eng pun ramai dah dapat kewarganegaraan. 

“Apa yang mengejutkan aku bila tengok facebook Yeap Choon Keong adalah kehebatan dia mendapatkan kewarganegaraan,” katanya.

Terdahulu, Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan yang dianjurkan DUN Stulang 30 Jun nanti ditangguhkan selepas ia mencetuskan kontroversi dan kecaman awam.

Kah Eng seperti dipetik Harian Metro berkata, taklimat berkenaan diadakan bagi menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa dan sebab-sebab lain. - Getaran, 9 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 17 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad