web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2024 10:23AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menarik diri daripada pemilihan DAP negeri menimbulkan persoalan mengenai penggantinya.

Chow mengetuai parti itu selama kira-kira 25 tahun, termasuk ketika kumpulan sosialis berada dalam keadaan merudum.

Beliau menyertai politik pada 1999 apabila kedua-dua pemimpin ikonik – Tan Sri Lim Kit Siang dan mendiang Datuk Seri Karpal Singh – tewas dalam pilihan raya Parlimen tahun itu.

Chow mengetuai gerakan tersebut sehingga pilihan raya 2008 apabila DAP meraih kuasa di Pulau Pinang.

Dari 1980-an hingga awal 2000-an, DAP tidak dapat menawan Pulau Pinang kerana kekuatan pakatan yang memerintah ketika itu Barisan Nasional, dengan Gerakan menjadi tonggak utamanya.

Dianggap sebagai "ahli politik budiman", Chow memberi laluan kepada setiausaha agung DAP ketika itu Lim Guan Eng untuk menjadi ketua menteri pada 2008 sebelum beliau memegang jawatan itu pada 2018 hingga sekarang.

Sepanjang tempoh itu, Chow menyuburkan DAP Pulau Pinang dengan muka baru seperti Ng Wei Aik, Yeoh Soon Hin, Teh Lai Heng, dan setiausaha politik Lau Keng Ee, yang mempertahankan kubu parti itu di kawasan tengah DAP di kawasan Tanjong (George Town).

Sama seperti Chow, anak didiknya terkenal dalam kalangan parti sebagai ahli politik "kelas pekerja" yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat daripada sekadar memimpin.

Pada usia 65 tahun, Chow mungkin akan meneruskan perjalanan politiknya, kerana DAP sedang mempertimbangkan untuk meminta beliau terus kekal sebagai Ahli Parlimen memandangkan beliau adalah Ahli Parlimen Batu Kawan dan Naib Presiden DAP.

Sumber dalaman parti memberitahu yang Chow bertegas dengan rancangan untuk melepaskan jawatannya dalam DAP Pulau Pinang, dengan menyatakan sudah tiba masanya kepimpinan negeri baru muncul menjelang tahun 2030. 

Semasa pemilihan DAP Pulau Pinang bulan ini, beberapa nama muncul sebagai bakal pengganti Chow. Mereka ialah Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, dan Exco kerajaan negeri Wong Hon Wai.

Hui Ying dilihat sebagai pencabar yang kuat kerana bapanya ialah Lim Kit Siang manakala abang sulungnya ialah Lim Guan Eng.

Nama lain yang dilemparkan ke dalam pertarungan ini termasuk Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo, anak kedua Karpal Singh dan Exco Zairil Khir Johari, anak bekas menteri Tan Sri Khir Johari.

Terdapat juga khabar angin yang Guan Eng mungkin kembali sebagai ketua menteri walaupun sumber dalaman meragui kemungkinan itu kerana tanggungjawabnya yang padat memimpin DAP dan membersihkan namanya di mahkamah.

Saintis politik, Universiti Tasmania Profesor Dr James Chin berkata menjadi rahsia umum yang Chow tidak bersetuju dengan Guan Eng mengenai bagaimana Pulau Pinang ditadbir.

Chin berkata terdapat dua puak yang muncul dalam pemilihan DAP Pulau Pinang: satu bersekutu dengan Chow dan satu lagi kepada Guan Eng.

“Ia juga mengenai puak Lim dalam DAP yang memimpin parti itu semasa penubuhannya pada 1960-an hingga zaman gelap 1970-an hingga pertengahan 2000-an.”

"Persoalannya sekarang adalah sama ada DAP akan terus menghargai mereka seperti pada zaman kegemilangan mereka," katanya.

DAP kini dipimpin oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang kemahiran bijaknya terbukti apabila beliau menjadi perantara dalam pakatan dengan Chow untuk melepaskan jawatan pengerusi parti negeri sambil membenarkan Chow terus berkhidmat sebagai ketua menteri sehingga penggal kedua dan terakhirnya berakhir, kata Chin.

Beliau menambah yang Pulau Pinang adalah aset paling berharga parti itu, justeru mencari kepimpinan baharu adalah penting jika DAP mahu mengekalkan kuasanya di negeri itu.

Sim adalah bintang yang sedang meningkat naik dalam DAP dengan pendedahan media sosial positif beliau membantu orang Melayu, Cina dan India yang miskin di kawasan Parlimennya di Bukit Mertajam.

Beliau juga seorang teknokrat yang terpelajar, teraju bersama Penang Institute, badan pemikir negeri itu, selepas Liew Chin Tong berpindah ke Johor untuk melaksanakan aspirasi parti di sana.

Bagaimanapun, Sim tidak mempunyai asas akar umbi, dan kecenderungannya untuk terlalu bergantung kepada kakitangan perkhidmatan awam tidak menunjukkan tanda-tanda pemimpin yang berwawasan dan kuat, kata beberapa orang dalam parti.

Sebaliknya, Hui Ying dilihat jauh lebih lemah berbanding bapanya dan abangnya, yang kemahiran kepimpinan mereka jauh melebihi orang lain dalam parti, tambah sumber dalaman.

DAP mungkin juga akan mengambil pendekatan daripada buku panduan Gerakan apabila pada tahun 1995, Gerakan memisahkan jawatan ketua menteri daripada jawatan pengerusi parti negeri.

Ketua menteri ketika itu ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon manakala pengerusi parti negeri adalah mendiang Datuk Tan Ghim Hwa; walaupun hubungan mereka tidak begitu baik, dengan sentiasa mengawasi satu sama lain, mereka berjaya mengalahkan pesaing luar seperti DAP dalam tiga pilihan raya berturut-turut. – Getaran, 7 September 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad