web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Layanan Mewah Pada Najib, Kerajaan Perlu Beri Jawapan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 7:59PM

Syahredzan Johan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menjelaskan pada kadar segera, apakah benar terdapat campur tangan dalam pengendalian urusan kesihatan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan berkata, mereka juga perlu memberi penjelasan terhadap kebenaran dakwaan bahawa RM50,000 sudah diperuntukkan bagi mengubahsuai sel penjara Najib di Penjara Kajang.

Menurut beliau, terdapat dakwaan bahawa ada arahan terus daripada pihak tertinggi kepada penjawat awam bagi memastikan layanan istimewa diberikan kepada Najib sepanjang 12 tahun menjalani hukuman penjara.

“Terdapat dakwaan bahawa wujud kepada Jabatan Penjara agar layanan istimewa diberikan kepada Najib, termasuk pengubahsuaian ruang penjara hanya kerana statusnya sebagai VIP (kenamaan).

“Kakitangan awam di Kementerian Kesihatan pula dibabitkan dalam menguruskan isu kesihatan beliau dan terdapat dakwaan mengenai rancangan untuk meletakkan bekas Perdana Menteri itu ke Hospital Rehabilitasi Cheras bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan VIP,” katanya hari ini.

Beliau berkata, selepas drama melibatkan penghinaan dan serangan terhadap penjawat awam di dalam badan kehakiman, Najib yang disabitkan kesalahan atas jenayah pecah amanah dan rasuah nampaknya terus menyusahkan penjawat awam. 

“Menteri Dalam Negeri juga perlu tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan peruntukan RM3.5 juta termasuklah RM50,000 bagi mengubahsuai bilik penjara untuk Najib di penjara Kajang. 

“Peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk pembaikan dan ubahsuai penjara dalam Belanjawan 2022 hanya sekadar RM12.4 juta. Maka, sekiranya benar, bagaimana boleh RM3.5 juta digunakan hanya untuk seorang banduan di satu penjara sahaja? Peruntukan sebesar ini sepatutnya digunakan untuk menaik taraf secara keseluruhan penjara-penjara di seluruh Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, pihak berkuasa sememangnya patut memastikan banduan yang menjalani hukuman di penjara diberikan layanan yang adil dan baik.

“Tetapi layanan istimewa yang melampaui norma biasa dan tekanan luar biasa diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan banduan hanya demi keselesaan seorang banduan VIP, sekiranya benar (berlaku) adalah amat tidak wajar.

“Jika dakwaan tersebut tidak dijawab dengan memuaskan, ia akan menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi berkaitan serta memberi kesan kepada moral penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab,” katanya. - Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad