web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa, Majikan Akan Didakwa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 8:03AM

Majikan yang juga suspek kes pukul dua pengawal peribadi akan didakwa di dua mahkamah hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Majikan yang juga suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa minggu lepas akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faisal berkata Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk membuat pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegentaran jenayah dengan cara mengacukan pistol ke arah salah seorang mangsa.

Beliau berkata majikan itu juga akan dituduh bawah Seksyen 109/324 Kanun Keseksaan kerana bersubahat mengarahkan pembantunya mencederakan dua mangsa dengan menggunakan rotan dan di bawah Seksyen 323 Kanun yang sama kerana menampar serta menyerang perut salah seorang mangsa menggunakan lutut.

“Suspek utama itu juga akan tuduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan perkataan dengan niat untuk menyinggung perasaan kedua-dua mangsa mengenai agama yang dianuti mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu Ezanee berkata seorang pembantu majikan itu juga akan dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun yang sama kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan rotan.

Ezanee berkata seorang lagi pekerja majikan itu dicadangkan supaya dibebaskan tanpa syarat memandangkan dia tiada sebarang kaitan dengan kejadian, manakala dua lagi yang juga pekerja majikan itu dilepaskan dengan bon jaminan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah bagi dijadikan saksi pendakwaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Kedai Telefon Bimbit Didakwa Bunuh Majikan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad