web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Turut Beri Perhatian Khusus Kepada Masyarakat India - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 7:10PM

Ismail Sabri (kanan) ketika menghadiri Majlis Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen Bera di Dewan Kompleks UMNO Bahagian Bera di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Kerajaan sentiasa memberi perhatian khusus kepada masyarakat India, dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Misalnya, beliau berkata dalam Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt lepas, juga meliputi pelbagai inisiatif khusus kepada masyarakat India, seperti RM100 juta bagi pembangunan usahawan kaum India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA). 

"Dahulunya MITRA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, namun kini dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, diletakkan di bawah Perdana Menteri sendiri. Ini menunjukkan betapa pentingnya pembangunan ekonomi kaum India di Malaysia.

"Selain itu, peruntukan RM25 juta diberikan bagi Program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi," katanya ketika berucap pada Majlis Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen Bera di Dewan Kompleks UMNO Bahagian Bera di sini hari ini. 

Menyentuh aspek pendidikan, Ismail Sabri berkata walaupun tidak dinyatakan secara khusus, peruntukan juga diberikan untuk pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil selain peruntukan tambahan RM5 juta kepada RM25 juta setahun kepada Universiti AIMST, iaitu universiti swasta dimiliki MIC dan berpusat di Sungai Petani, Kedah. 

Kerajaan, kata Ismail Sabri telah melaksanakan pelbagai latihan untuk menambah kemahiran dan latihan semula yang memanfaatkan 42,544 pelatih kaum India setakat Ogos lepas, dengan nilai latihan berjumlah hampir RM77 juta. 

"Bagi penempatan pekerjaan, seramai 68,996 komuniti India telah dibantu sehingga September lepas dalam pelbagai bidang kemahiran dan industri," katanya.

Walaupun terdapat peruntukan khusus kepada masyarakat India, Ismail Sabri menegaskan kerajaan tidak pernah meminggirkan kaum lain, menyaksikan pelbagai sumbangan diberikan kepada semua yang layak, dengan matlamat meringankan beban kewangan rakyat khususnya golongan B40.  

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada bantuan persekolahan dinaikkan kepada RM150 mulai tahun depan, berbanding RM100 diberikan kepada semua murid serta bantuan RM2,500 untuk isi rumah mempunyai lima anak kepada mereka yang layak dan tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad