web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jurang Ketara Gender Perlu Ditangani Secara Menyeluruh – Perwakilan Wanita PKR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 6:56PM

Hayati Abu Nasir berkata, ramai wanita berkaliber dan berpotensi untuk memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi di Malaysia. - Gambar oleh Sofian Baharom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jurang ketara gender dalam bidang kepimpinan, politik dan pembuat keputusan adalah kerugian kepada negara yang perlu ditangani secara bersepadu serta menyeluruh.

Perwakilan Johor, Hayati Abu Nasir berkata, ramai wanita berkaliber dan berpotensi untuk memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi di Malaysia.

“Penganalisis ekonomi mendapati penglibatan golongan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor swasta juga masih kurang.

“Apa perlu dilakukan adalah memberikan keutamaan kepada aspek menyokong wanita untuk menyertai pasaran buruh. Ini kerana faktor membantutkan adalah wanita dikatakan masih ketinggalan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan dasar Ketua Wanita Keadilan sempena Kongres Nasional Wanita Keadilan Ke-16 bertemakan ‘Mengupaya Wanita Untuk Berdaya’ di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Bagi aspek itu, Hayati menambah, wanita perlu diperkasakan dalam bidang tersebut.

Dari perspektif lain, katanya, kerajaan perlu mempermudahkan keadaan dengan melancarkan kemasukan dan pengeluaran (easy of entry and exit) bagi wanita yang menceburi pelbagai bidang untuk mengimbangi pekerjaan dengan kehidupan harian (work-life balance).

“Ini kerana, kita tahu wanita perlu mengimbangi keadaan atau pun pekerjaan dalam aktiviti ekonomi dengan tanggungjawab di rumah,” katanya.

Justeru, beliau menjelaskan, kerajaan dan sektor swasta perlu memberi peluang kepada wanita untuk mengimbangi sektor pekerjaan dengan memudahkan keadaan bagi mereka di tempat kerja.

Menurutnya, ini seperti menyediakan tempat penjagaan anak dan kelonggaran waktu untuk menguruskan keluarga pada masa kecemasan.

Mengulas lanjut, Hayati berkata, terdapat beberapa solusi yang dilihat dapat memperkasa wanita dalam menangani faktor yang mengekang dan membantutkan mereka untuk lebih ke depan, seperti melalui peranan Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

“Pada akhirnya, apabila mereka berjaya dilatih (dalam institusi tersebut), nama mereka akan disimpan di dalam sebuah bank data wanita, seterusnya memudahkan mereka mendapatkan tempat sama ada di badan kerajaan mahu pun swasta.

Tegasnya, pemerkasaan wanita seharusnya terus menjadi satu daripada agenda penting negara, justeru seruan agar perspektif kaum hawa sentiasa diambil kira dalam penggubalan dasar dan perancangan program adalah penting.

Usaha itu adalah bagi memastikan wanita mendapat ruang dan peluang adil dalam pembangunan negara. - 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Telah Masukkan Kehadiran Dalam Kes Saman Dr Mahathir

2

Budaya 3 tahun yang lalu

Kongres IBBY 2022 Kumpul Penggiat Industri Buku Kanak-Kanak Di Putrajaya

3

Politik 3 tahun yang lalu

Anwar Jawab Rafizi, Tidak Perlu Sentiasa 'Cucuk'

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mana Usaha Laksana Titah Agong Dalam Sektor Pendidikan? - Maszlee

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad