web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Jawab Rafizi, Tidak Perlu Sentiasa 'Cucuk'

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 8:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu sentiasa ‘dibela’ menerima ‘balasan’ segera di hari kedua Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di sini hari ini. 

Menurut Anwar, adalah tidak wajar untuk Rafizi sentiasa melakukan 'cucukan' yang tidak perlu, khususnya ketika kongres berlangsung dalam suasana agak ‘kritikal’.

Tegas beliau, platform untuk bermesyuarat telah pun disediakan oleh kepimpinan parti.

"Saya rasa dari segi prinsip, saya tidak membantah tetapi pada masa sama, saya tidak rasa ia perlu untuk sentiasa mengambil kedudukan bagi 'mencucuk' secara tidak perlu, tetapi itulah Rafizi.

"Perlu memahaminya (Rafizi). Saya mengenali beliau berdekad lama. Apa yang penting adalah komitmen untuk bekerja bersama dan untuk terus maju dengan konsensus baharu. Itu saya rasa lebih kritikal," katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Terdahulu, Rafizi yang juga mantan Ahli Parlimen Pandan ketika bercakap kepada media telah menyelar tindakan ahli parti yang dilihat cenderung membela Anwar dalam segala perkara, sehingga menjadikan Presiden PKR itu ‘kebal’ dari segenap segi.

Tegasnya, beliau tidak akan berbuat demikian atau memainkan peranan tersebut sepanjang menyandang jawatan Timbalan Presiden. 

Mengulas lanjut, dari segi cara, Anwar menambah, beliau lebih inklusif, berdamai (conciliatory) dan mengelak pertengkaran yang tidak perlu, terutama berhubung isu dalaman kerana parti berkenaan mempunyai platform serta forum yang cukup untuk berdebat.

Anwar memberitahu, beliau tidak melihat kenyataan Rafizi itu sebagai satu masalah besar kerana apa yang penting adalah Timbalan Presiden PKR tersebut bersetuju untuk bersama dalam pasukan dan bekerjasama untuk memberi dukungan.

Katanya, Rafizi juga berkemungkinan tidak mahu melihat parti dianggap terlalu 'lembab'.

"Itu tiada masalah. Tetapi apabila dia hadir mesyuarat yang makan masa tiga jam, ada hal yang dipersetujui dan dalam mesyuarat terbaru ini ditolak, itu biasa. Dan ini tidak mungkin berlaku kalau ada sikap yang taksub. Taksub bukan saja tidak wajar, sama ada taksub Anwar atau Rafizi, sama sahaja masalahnya.

"Jadi, elok kita tumpu kepada membentuk persefahaman, itu yang penting. Saya ambil sikap positif," katanya. - Getaran, 16 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad