web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kongres IBBY 2022 Kumpul Penggiat Industri Buku Kanak-Kanak Di Putrajaya

Kongres ke-38 Lembaga Buku Antarabangsa untuk Orang Muda (IBBY) yang bakal berlangsung di Putrajaya bulan depan menjanjikan perkongsian menarik kepada peserta industri.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 6:34AM

Penekanan perlu diberikan terhadap pemupukan rasa cinta membaca dalam kalangan anak-anak di Malaysia. - Gambar ihsan IBBY

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mengetengahkan tema "The Power of Stories" atau impak yang dibawa oleh sesebuah cerita, kongres ke-38 Lembaga Buku Antarabangsa untuk Orang Muda (IBBY) yang bakal berlangsung di Putrajaya bulan depan menjanjikan perkongsian menarik kepada peserta industri.

Dijadualkan bermula 5 hingga 8 Sept, Malaysia juga merupakan negara pertama di Asia Tenggara menjadi tuan rumah kongres dwitahunan pertubuhan yang dianggotai oleh 80 negara itu.

Justeru kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres IBBY ke-38 Datuk  Ahmad Redza Ahmad Khairuddin, amat wajar peluang bersemuka dengan pakar industri antarabangsa kali ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta tempatan.

“Pakar yang hadir dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu penulis, ilustrator dan penterjemah.

“Mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing dan pemenang anugerah serta penulis selebriti dalam industri buku cerita kanak-kanak,” kongsinya kepada Bernama baru-baru ini.

Aktiviti pembacaan boleh menjadi alat yang membina kepercayaan dan kelakuan kita bagi membantu memahami dunia - Gambar Hiasan
Aktiviti pembacaan boleh menjadi alat yang membina kepercayaan dan kelakuan kita bagi membantu memahami dunia - Gambar Hiasan

 

PERHIMPUNAN SATU MINDA 

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres IBBY ke-38 Datuk Ahmad Redza Ahmad Khairuddin

Mengulas lanjut, Ahmad Redza yang Juga Presiden IBBY Malaysia berkata tema kongres kali ini dianggap istimewa dan dicerminkan oleh ahli pertubuhan menerusi minat yang ditunjukkan oleh mereka setakat ini terhadap kongres.

“Pada kongres kali ini, kami mahu meneroka persamaan yang ada dalam cerita kanak-kanak merentasi negara, kebudayaan dan sistem pendidikan.

“Kita akan banding dan kongsi kisah serta bincangkan pengajaran yang kita peroleh daripada kisah-kisah tersebut dan seterusnya bagaimana cerita-cerita berkenaan membantu kita saling memahami peranan, identiti, pendekatan dan cabaran masing-masing.

"Kita juga berharap dapat mengupas bagaimana cerita-cerita ini boleh menjadi alat yang membina kepercayaan dan kelakuan kita bagi mempertahan, mengubah, menjalin hubungan dan membantu memahami dunia kita,” ujarnya.   

Menurutnya, setakat ini kira-kira 400 peserta dari 10 negara sudah mengesahkan kehadiran dengan barisan penceramah yang bakal mengambil bahagian dalam sesi pleno termasuk dari Amerika Syarikat, Lubnan, Iran, Perancis, Korea Selatan dan Kanada.

Ulasnya lagi, tema kecil bagi setiap sesi pula berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merangkumi kesihatan dan kesejahteraan; pendidikan berkualiti; kesetaraan gender; mengurangkan ketaksamaan; serta perdamaian, keadilan dan kelembagaan yang kuat. 

 

MENDIDIK DENGAN BERCERITA

Ditanya sama ada program itu mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mendedahkan anak-anak kepada buku cerita sejak kecil, Ahmad Redza berkata sememangnya itu adalah antara matlamat IBBY yang mahu mempertingkat kesedaran umum.

Malah, kata beliau, secara tidak langsung bercerita juga adalah satu bentuk pendidikan bagi anak kecil.

“Saya berpandangan, membesarkan anak bukan sahaja tentang mendidik mereka tetapi juga membentuk mereka, memberikan mereka keyakinan, kefahaman serta memupuk empati dalam diri mereka,” katanya.

Mengambil contoh keadaan di Palestin, Ahmad Redza berkata anak-anak di Malaysia tidak merasai pengalaman yang dilalui oleh golongan sebaya mereka di wilayah itu disebabkan situasi negara ini yang aman dan harmoni.

“Kanak-kanak di Palestin mendepani krisis dan trauma hampir setiap hari, justeru sudah pasti cerita mereka juga berbeza (dan amat bernilai) dengan kebanyakannya adalah berkenaan kelangsungan hidup. Nilai-nilai dalam cerita begini amat penting untuk dikongsikan dan dipelajari,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, beliau berpandangan penekanan perlu diberikan terhadap pemupukan rasa cinta membaca dan menjadikan konsep membacakan buku cerita untuk anak sebagai satu kelaziman dalam kalangan anak-anak di Malaysia. 

“Kita harus pupuk cara yang betul dengan membaca lebih banyak buku cerita bersama-sama anak kita, bukan asyik minta mereka baca buku teks sahaja.

“Ada banyak buku cerita yang bagus dihasilkan oleh penulis tempatan dan global yang boleh dikongsikan dan bagaimana buku-buku itu boleh membentuk masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia,” katanya.

 

PESTA BUKU PEMENANG ANUGERAH

Sepanjang kongres itu juga pencinta buku boleh mengunjungi pesta buku yang dibuka kepada umum pada hari-hari tertentu.

Menurut Ahmad Redza, buku-buku tersebut kebanyakannya adalah koleksi yang pernah memenangi anugerah termasuk paling berprestij dalam industri - Hans Christian Andersen Award.

“Buku terbitan negara ini juga ada dipamerkan,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai kongres, mereka yang berminat boleh layari laman web  https://www.ibbycongress2022.org/ atau mengikuti kongres menerusi laman rasmi Facebook https://www.facebook.com/IBBY-Congress-2022-Putrajaya-Malaysia - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN