web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2024 8:13PM

- Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT memaklumkan penyaluran bagi fasa pertama itu adalah sebagai usaha kementerian untuk menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) dengan pembelian buku dibuat di platform BookCapital, kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga penganjur bersama PBAKL 2024.

"Penyaluran baucar buku selebihnya akan dibuat pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak," KPT memaklumkan dalam hantaran di laman Facebook rasminya, di sini hari ini.

Menurut KPT, inisiatif baucar buku itu akan memanfaatkan lebih 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah kelolaan KPT.

Pada 30 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada pelajar IPT semasa perasmian PBAKL 2024.

Pengumuman tersebut merupakan satu langkah membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

4

Budaya 3 tahun yang lalu

WCO Art & Culture Gallery Pamer Budaya Tempatan Melalui Miniatur Dan Diorama

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar