web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Buku ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan orang awam boleh membacanya sempena meraikan semangat kemerdekaan

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 8:47AM

Kenneth Soh (tengah) ketika melancarkan ‘Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan’

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buku berjudul ‘Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ menyeru rakyat Malaysia membeli dari penjual e-dagang tempatan bagi memelihara warisan negara, memupuk bakat tempatan serta memacu ekonomi secara mampan dan berketerangkuman. 

Buku ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan orang awam boleh membacanya untuk mendapat inspirasi. Shopee berazam memperkasakan rakyat untuk mengutamakan dan membeli produk buatan tempatan daripada komuniti yang memerlukan. 

Bagi meneruskan misi membantu golongan memerlukan dengan teknologi, Shopee memperkasakan penjual tempatan dengan mengenalpasti dan mengetengahkan perniagaan mereka untuk akses lebih baik kepada penyelesaian pemasaran dan kempen hiperlokal. 

Pada masa sama, Shopee turut menguruskan penjual untuk berjaya di platform berkenaan, membantu meningkatkan kemahiran menerusi kursus percuma di Shopee University serta memberi insentif untuk mencari lebih banyak peluang dalam dagang strim langsung.

Buku sebanyak 100 muka surat dan berwarna penuh ini boleh dimuat turun dari laman web Shopee dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Buku mengandungi bahagian pertama dari beberapa episod itu memberi peluang kepada penjual tempatan untuk bersuara bagi berdepan halangan dalam talian. 

Ia menampilkan penjual Shopee di setiap negeri dengan prestasi cemerlang dari segi populariti, kedai terbesar, produk hijau, pengeksport, strim langsung, dan juga perniagaan milik wanita. Selain itu, buku ini juga mengandungi kisah dan testimoni penjual yang menggunakan kejayaan mereka untuk membantu komuniti setempat.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh
Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh

Shopee menggunakan kempen Shopee Rai Lokal dan kisah penjual bagi meningkatkan kesedaran berhubung cara membeli dari penjual kecil-kecilan dan bebas di kawasan kejiranan untuk memelihara industri tempatan, mengurangkan jejak karbon, meningkatkan tawaran berkepribadian serta memberi galakan kepada usahawan dan pelopor tempatan. 

Buku ini juga sebagai panduan kepada pengguna untuk melindungi diri kerana menyelitkan tip membeli-belah secara selamat. Kisah penjual mengejar impian mereka dalam talian dan menonjolkan kemampuan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat membina komuniti. Antara penjual tersebut adalah: 

1) Pengasas Pasar Kedah, Zeeda Aziz yang terpaksa membuang satu kakinya enggan menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk mengembangkan perniagaan ikan bilis di dalam talian. 

2) Pemilik HomeDecoStore, Edward Wong sentiasa menjadikan maklum balas pelanggan sebagai rujukan untuk mereka sejadah yang bersesuaian dengan citarasa pembeli tempatan. 

3) Pengasas Mr Bentong, Hafiz Oon berjaya mempopularkan jus halia jualannya sehingga perlu mengambil halia dari lebih 10 kebun di Pahang untuk memenuhi permintaan.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, perniagaan diusahakan rakyat negara ini adalah nadi ekonomi tempatan dan tulang belakang komuniti.

“Apabila anda membeli dari kedai tempatan dalam talian, anda menyokong produk buatan Malaysia dari komuniti yang memerlukan. 

“Kami gembira terhadap sokongan kuat diberikan kepada penjual tempatan menerusi perniagaan dalam talian mereka. Kami berkomited untuk terus bekerjasama dan menyokong perjalanan e-dagang mereka,” ulasnya. 

Shopee menyasarkan untuk mengedarkan 15,000 salinan buku ini secara percuma kepada pengguna di setiap negeri menggunakan perkhidmatan SPX menjelang sambutan Hari Malaysia. Buku ini juga boleh dimuat turun sekarang di https://sites.google.com/shopee.com/prnewsroom/home - Getaran, 2 September 2023

Foto : Shopee

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN