web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WCO Art & Culture Gallery Pamer Budaya Tempatan Melalui Miniatur Dan Diorama

Meminati seni pembuatan miniatur dan diorama sejak kecil, Foo Loke Kee berkata penglibatan secara serius dalam bidang itu tercetus selepas menghadiri pameran hasil patung miniatur di Yanjiao, China pada 2010.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 8:02AM

Diorama ini sebesar 10 meter x 1.8 meter dan dipenuhi hampir 1,000 figura kecil bersaiz sebesar enam sentimeter (cm) - Gambar ihsan JKKN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suasana zaman kegemilangan Melaka pada kurun ke-15 dalam bentuk miniatur antara yang menarik dapat disaksikan di World Culture Organisation (WCO) Art & Culture Gallery, yang terletak di Cheras, Batu 9, Hulu Langat, Selangor.

Diorama sebesar 10 meter x 1.8 meter yang dipenuhi hampir 1,000 figura kecil bersaiz sebesar enam sentimeter (cm) itu, menggambarkan kepesatan perdagangan di negeri itu dengan kehadiran ramai pedagang asing dari China, India, Siam, Jawa dan Eropah selain menggambarkan kehidupan masyarakat pada zaman itu.

Pengasas WCO Art & Culture Gallery Foo Loke Kee, 48, berkata diorama itu adalah antara ribuan koleksi peribadinya yang kini dipamerkan di galeri tiga tingkat yang turut mempamerkan pelbagai diorama dan miniatur berkonsep warisan, sejarah dan budaya pelbagai kaum.

Galeri tiga tingkat itu turut mempamerkan pelbagai diorama dan miniatur berkonsep warisan, sejarah dan budaya pelbagai kaum
Galeri tiga tingkat itu turut mempamerkan pelbagai diorama dan miniatur berkonsep warisan, sejarah dan budaya pelbagai kaum

Menurutnya, karya seni diperbuat daripada tepung gandum dan tanah liat itu dihasilkan menggunakan kemahiran seni tangan sepenuhnya melibatkan lebih tujuh artis yang bernaung di bawah galeri itu antaranya Helen Chua dan Mohd Zain Abd Aziz. 

Meminati seni pembuatan miniatur dan diorama sejak kecil, Foo berkata penglibatan secara serius dalam bidang itu tercetus selepas menghadiri pameran hasil patung miniatur di Yanjiao, China pada 2010.

“Minat saya tidak pernah terpadam selepas itu saya nekad untuk membuka kilang khusus pembuatan hasil seni ini di Yanjiao, Hebei pada 2011," katanya kepada Bernama.

Bercerita lanjut, Foo berkata beliau kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air pada 2015 dan menghasilkan model miniatur dan diorama bercirikan Malaysia dengan menggabungkan replika rumah tradisional dan binaan istana serta koleksi wau. 

Karya seni diperbuat daripada tepung gandum dan tanah liat itu dihasilkan menggunakan kemahiran seni tangan sepenuhnya melibatkan lebih tujuh artis yang bernaung di bawah galeri itu antaranya Helen Chua dan Mohd Zain Abd Aziz
Karya seni diperbuat daripada tepung gandum dan tanah liat itu dihasilkan menggunakan kemahiran seni tangan sepenuhnya melibatkan lebih tujuh artis yang bernaung di bawah galeri itu antaranya Helen Chua dan Mohd Zain Abd Aziz

“Sepanjang lima tahun di luar negara, saya kerap ditanya mengenai budaya orang Malaysia. Mereka juga mahu belajar dan mengenali persamaan serta perbezaan seni dan budaya kita,” ujar anak kelahiran Ipoh, Perak itu. 

Selain itu, katanya, galeri berkenaan turut dipenuhi dengan set diorama kehidupan harian rakyat China semasa zaman kegemilangan Dinasti Song kira-kira pada 1200, yang dibawa dari kilangnya di China.

Beliau berkata galeri itu turut menawarkan pelbagai kursus bagi melatih individu tempatan yang berbakat untuk dijadikan artisan di galeri yang juga menghasilkan produk diorama dan miniatur melalui gabungan teknologi hologram seiring dengan transformasi digital. 

Galeri itu juga mendapat pengiktirafan daripada beberapa pihak antaranya Malaysia Good Design Award bagi kategori set hadiah dan cenderamata kebudayaan pada 2018 dan The Malaysia Book of Records sebagai Pusat Diorama Buatan Tangan Silang Budaya Pertama melalui Koleksi Diorama Malaysia dan China pada 2021.

Dr Rais Yatim di majlis perasmian buku 'Malaysia: Menelusuri Keindahan Sejarah Negara
Dr Rais Yatim di majlis perasmian buku 'Malaysia: Menelusuri Keindahan Sejarah Negara

Dalam pada itu, Foo berkata visual dan informasi berkenaan miniatur dan diorama dipamerkan di galeri itu juga kini diterbitkan menerusi buku bertajuk "Malaysia: Menelusuri Keindahan Sejarah Negara", yang dirasmikan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, baru-baru ini.

Rais dalam ucapannya menzahirkan rasa kagum dengan semangat Foo, yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang sendiri demi menubuhkan sebuah galeri yang sarat dengan maklumat sejarah pelbagai kaum di Tanah Melayu sejak zaman sebelum Merdeka.

“Mencari sesuatu ‘obor’ dalam budaya amat sukar disebabkan pelbagai rintangan yang wujud dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, apa-apa yang diusahakan Foo dapat dijadikan sebagai obor baharu dan batu loncatan agihan peranan kepada masyarakat kita,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Semasa 2 tahun yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PEDi Dikenali Sebagai Nadi, Mulai 1 Mac - Fahmi

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

oleh Rahayu MN