Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PEDi Dikenali Sebagai Nadi, Mulai 1 Mac - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 11:59AM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah) ketika meninjau persiapan Pavilion Malaysia di Kongres Dunia Mudah Alih 2024 di Barcelona. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BARCELONA - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, seiring nama baharu berkenaan, peranan kesemua 911 pusat Nadi atau PEDi sebelum ini di seluruh negara, termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini, akan diperluas.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubungi pengurus Nadi seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaan dilakukan dengan tertib dan baik.

"Lebih daripada penjenamaan atau menamakan semula PEDi kepada Nadi, ada beberapa aktiviti yang akan direncanakan semula. Contohnya kita akan tingkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti Al untuk rakyat, selain menjadikan Nadi, pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA dan RTM, ketika ditemui selepas meninjau persiapan Pavilion Malaysia di Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC2024) di sini, hari ini (Isnin waktu Malaysia) yang turut dihadiri Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Fahmi berada di Barcelona bagi mengetuai delegasi Malaysia ke MWC2024 dan dijadual menyampaikan ucap tama bagi merasmikan Pavilion Malaysia di kongres itu, yang juga perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa Groupe Speciale Mobile Association.

Fahmi berkata, perencanaan semula PEDi kepada Nadi, termasuk tugas, tanggungjawab, aktiviti serta programnya itu adalah hasil kaji selidik sepanjang tahun lalu, di mana antara dapatannya menunjukkan komuniti yang mengetahui dan hadir di PEDi sebelum ini, hanya mereka pada lingkungan dua ke tiga kilometer sahaja.

Beliau berkata, ia juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu PEDi dirangka semula, bagi mengimbangi penambahan elaun diberikan kepada pengurus PEDi seperti diumum 29 November lalu.

"Jadi kita ambil hasrat perdana menteri, kita selaraskan berdasarkan hasil kaji selidik sepanjang 2023 untuk kita pastikan manfaat PEDI ini, dapat dirasai bukan hanya komuniti sekitar premis... Pihak MCMC dan kerajaan membelanjakan jumlah yang besar, jadi kita ingin lihat jumlah ini dimanfaatkan bukan hanya satu kampung atau satu taman, tetapi lebih luas," katanya.

Ke arah tujuan yang sama, beliau berkata, bagi meluaskan manfaat Nadi termasuk kepada golongan muda, fungsinya juga akan diteliti untuk turut merangkumi aktiviti dan program di luar premis.

Fahmi berkata, pihak kementerian turut sedia membantu antara lain Kementerian Pendidikan, dalam meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan rakyat, terutama masalah penipuan dalam talian serta manfaat dan bahaya media sosial.

"Ini kita akan lakukan melalui MCMC, Nadi dan sejumlah platform media sosial dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan program itu akan direncana dan diumum kemudian. Saya lihat ini satu cara untuk kita bawa Nadi dalam komuniti dan merapatkan lagi pusat sebaran maklumat ini dengan komuniti," katanya.

Sementara itu, Mohamad Salim berkata, MCMC mengambil peluang untuk membawakan Nadi di Pavilion Malaysia, sebagai contoh kepada dunia bagaimana program itu membantu memupuk dan memperkasakan rakyat Malaysia, khususnya di luar bandar, dalam meningkatkan kadar celik digital dan menambah baik status sosioekonomi mereka melalui keusahawanan, terutamanya sebagai usahawan dalam talian.

"Kami mahu mempamerkan Nadi untuk membolehkan orang ramai dalam industri mengetahui fungsinya. Fungsi Nadi iaitu kami menyediakan peluang kepada setiap individu luar bandar, separa luar bandar atau bandar, menjalankan perniagaan mereka dalam talian dan menjangkau ke bahagian lain di dunia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 29 minit yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 3 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB