web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peranan Pengurusan Tempat Kerja Mampu Galakkan Orang Ramai Ambil Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 6:07PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penglibatan yang efektif oleh pihak pengurusan di tempat kerja amat diperlukan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat mengambil suntikan dos penggalak COVID-19.

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, peranan ketua atau pihak pengurusan itu jika dilaksanakan sebaiknya mampu menghapuskan sebarang keraguan atau stigma negatif yang mungkin dimiliki terhadap keberkesanan suntikan berkenaan.

Profesor Madya Dr Malina Osman
Profesor Madya Dr Malina Osman

Menurut beliau, ia termasuk mengambil pendekatan proaktif dan agresif dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran dalam kalangan komuniti.

“Jika pengurusan pejabat khususnya ketua sektor bersikap lebih cakna dan membantu menyebarkan maklumat berhubung keberkesanan dos penggalak kepada pekerja, tidak mustahil ia akan menerima sambutan baik daripada semua petugas.

“Pemahaman yang jelas dan penyebaran info sahih secara agresif mampu membendung segala fahaman salah mengenai keberkesanan vaksin serta dos penggalak,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Malina berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai tujuh juta rakyat Malaysia yang masih belum mengambil dos penggalak COVID-19 setakat ini.

Jelasnya, kempen setempat dengan penglibatan ramai individu berpengaruh seperti ketua kampung dan Ahli Parlimen juga mampu memberi pendedahan yang lebih efektif kepada orang ramai.

“Dalam hal ini, saya melihat kerajaan juga boleh memainkan peranan dengan memudahkan proses pengambilan dos penggalak ke atas rakyat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, pemberian dos penggalak boleh diwajibkan dari aspek perundangan, namun kerajaan perlu sedia menghadapi kesan risikonya.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

“Kerajaan telah buat pelbagai cara untuk rakyat kita menerima dos penggalak COVID-19 ini, namun ia kelihatan masih tidak berjaya.

“Jika kita wajibkan penerimaan dos penggalak, ia akan memberi kesan politik kepada kerajaan, jadi semuanya bergantung kepada keputusan rakyat. Jika mereka peduli dengan kesihatan masing-masing, pasti mereka tidak akan berlengah (untuk mengambil suntikan ini),” katanya.

Dr Zainal berkata, jika jangkitan baharu COVID-19 kembali serius seperti sebelum, tidak mustahil kerajaan akan mewajibkan pengambilan dos terbabit.

“Kita dapat lihat peningkatan yang agak ketara untuk jangkitan baharu COVID-19 ini, dan mungkin suntikan berkenaan akan diwajibkan jika keadaan semakin serius, tapi bukan sekarang,” katanya. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad