web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 1:47PM

Orang ramai khususnya mereka yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin dalam usaha  mencegah COVID-19 - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun jangkitan COVID-19 di negara ini masih terkawal, rakyat disaran mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah jangkitan virus itu.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Universiti Antarabangsa Perubatan (IMU) Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata ini kerana rakyat harus terus 'hidup' bersama COVID-19 memandangkan tiada sebarang tanda virus itu akan lenyap dari muka bumi ini.

“COVID-19 berada dalam keadaan endemik. Ini bermakna ia sentiasa ada dalam persekitaran dan sentiasa bermutasi,” kata Felo Akademi Sains Malaysia itu kepada Bernama.

Meskipun fasa peralihan endemik di Malaysia bermula pada 1 April tahun lepas, Dr Lokman Hakim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan turut menggalakkan orang ramai khususnya mereka yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak vaksin dalam usaha  mencegah COVID-19.

“Digalakkan bagi mereka untuk mengambil semula suntikan booster sekiranya kali terakhir pengambilannya melebihi tempoh setahun lalu," katanya merujuk kepada golongan berisiko tinggi antaranya warga emas dan penghidap penyakit kronik seperti kanser. 

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata situasi kekal terkawal dengan kebanyakan kes dilaporkan melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital selain tiada varian baharu COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi COVID-19 dan varian berkaitan dari semasa ke semasa.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman juga berkata pemakaian pelitup muka adalah sangat digalakkan terutama setiap kali keluar ke tempat awam atau tempat yang sesak.

“Penggunaan sanitizer juga digalakkan di samping terus cakna dengan kebersihan tangan,” katanya.

Beliau juga berpendapat besar kemungkinan peningkatan jangkitan COVID-19 disebabkan oleh perubahan varian virus semasa serta penurunan antibodi dalam kalangan masyarakat terhadap jangkitan itu.

“Ia merupakan pola semula jadi seperti juga jangkitan-jangkitan yang berlaku sebelum ini. Selepas sesuatu sela masa biasanya akan berlaku perubahan molekul pada virus sehingga menyebabkan ia berubah menjadi strain baharu yang berupaya mengakibatkan jangkitan terhadap individu yang belum mempunyai antibodi terhadapnya. 

“Situasi semasa yang tidak mempunyai sebarang sekatan sosial, dengan individu bebas ke mana-mana termasuk luar negara, juga menyebabkan jangkitan mudah tersebar,” katanya.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata pemakaian pelitup muka juga boleh membantu masyarakat melindungi diri daripada jangkitan virus melalui saluran pernafasan, selain itu COVID-19 mudah berjangkit berikutan negara ini yang sedang mengalami musim hujan serta lembap.

"Penyakit seperti demam dan selesema termasuk COVID-19 senang berlaku (apabila hujan dan lembap). Oleh itu, bagi langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan elak melawat kawasan sesak, pakai pelitup muka dan sering menggunakan hand sanitizer seperti dulu," katanya.

Beliau turut menasihatkan supaya masyarakat melengkapkan pengambilan suntikan vaksinasi COVID-19 dalam usaha membendung daripada dijangkiti wabak itu terutamanya dalam kalangan warga emas dan penghidap penyakit yang kronik. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad