web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 12:26PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Makluman berkenaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan mengekang penularan COVID-19 di sekolah dan institusi pendidikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada April tahun lalu masih terpakai hingga kini, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Wong berkata, antara SOP itu melibatkan penggalakan pemakaian pelitup muka kepada guru, murid dan pelajar, selain warga sekolah perlu melakukan ujian kendiri jika bergejala serta sentiasa menjaga kebersihan diri.

"Bagaimanapun, kita tahu bahawa isu COVID-19 ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, dan pihak KPM akan sentiasa berbincang dan berkolaborasi dengan pihak KKM (Kementerian Kesihatan) berkenaan cara atau SOP kita untuk cegah penularan COVID-19," katanya kepada pemberita pada Program Semarak Taiping di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah kerajaan sekiranya berlaku penularan COVID-19 di sekolah berikutan perkembangan semasa wabak itu di dalam negara.

Pada 29 Disember lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata, situasi kekal terkawal dengan kebanyakan kes dilaporkan melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital, selain tiada varian baharu COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Ditanya jika KPM akan menutup sementara sekolah yang terjejas dengan penularan COVID-19, Wong berkata, kementerian itu akan mengendalikan setiap kes dengan teliti dan mendapatkan nasihat daripada KKM untuk tindakan selanjutnya jika keadaan penularan menjadi serius.

"Segala SOP harus kita muktamadkan selepas berbincang dengan KKM. Pihak KPM akan terus memantau isu ini, jadi kita akan tengok apa yang berlaku selepas sekolah dibuka semula (pada 2 Januari)," katanya.

Sementara itu, mengenai pemakaian semula pakaian seragam sekolah, Wong berkata, setakat ini KPM tidak berbincang berhubung perkara itu dan tiada ketetapan diputuskan tempoh kelonggaran pakaian sukan diguna pakai di seluruh negara.

Beliau berkata, meskipun cuaca kini tidak lagi panas seperti sebelum ini, namun terdapat pula beberapa sekolah di Pantai Timur yang terjejas dengan bencana banjir.

"Bagi pihak KPM, kita selalu pegang prinsip kemanusiaan yang kita mahu memberikan kesenangan dan kelonggaran kepada anak-anak kita dalam pembelajaran mereka. Apa yang penting bagi kita adalah kandungan pembelajaran daripada isu lain," katanya.

Pada 20 Mei tahun lalu, KPM tidak menetapkan tempoh kebenaran bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas yang berlaku ketika itu, dengan Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca.

Mengenai program malam tadi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir dalam ucapan aluannya berkata, tanggal 20 Januari 2024 akan genap ulang tahun ke-150 bandar Taiping yang ditubuhkan melalui Perjanjian Pangkor pada 1874, selain MPT akan menganjurkan 150 program untuk tahun ini bersempena dengan ulang tahun itu.
BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad