web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 9:18PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengenal pasti tiga pengendali makanan yang disyaki menjadi punca kepada penularan wabak tifoid atau demam kepialu di sebuah sekolah di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Husin, berkata kesemua pengendali makanan itu telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Beliau berkata, susulan itu, JKNK akan terus memantau situasi wabak tersebut dan menjalankan langkah kawalan bagi mencegah wabak daripada terus menular.

"Setakat ini enam kes telah dikenal pasti melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dengan gejala seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit dan kurang selera makan. Bagaimanapun, kesemua kes telah dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

"Daripada jumlah itu, dua kes telah sembuh dan dibenarkan pulang selain tiada kes bergejala teruk atau kematian dilaporkan. Sebanyak 35 kes yang disyaki demam tifoid juga telah dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk siasatan dan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Zaini berkata, saringan menyeluruh kepada semua warga sekolah berkenaan juga akan dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dalam masa terdekat.

Beliau berkata, sekiranya bergejala seperti demam berpanjangan, sakit kepala, lemah badan, dan cirit-birit atau sembelit mereka perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penuntut IPTA Didakwa Cederakan Rakan Baik Guna Asid

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad