web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2026 4:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Cadangan menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial tidak seharusnya dilihat sebagai usaha menyekat akses kanak-kanak kepada dunia digital, sebaliknya sebagai langkah perlindungan dan persediaan ke arah penggunaan yang lebih selamat serta bertanggungjawab.

Pakar hak kanak-kanak dan dasar awam berpandangan, pendekatan itu mampu mengimbangi keperluan melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian dengan hak mereka untuk belajar serta berinteraksi dalam ruang digital secara berperingkat.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Profesor Madya Dr Mohd Al Adib Samuri berkata, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan pendedahan awal kepada pelbagai ancaman dalam talian seperti kandungan berbahaya, buli siber, eksploitasi seksual dan pelanggaran privasi.

Menurutnya, dasar tersebut perlu dirangka sebagai alat perkembangan yang tidak menafikan hak kanak-kanak untuk membina kemahiran digital secara berperingkat.

“Dasar yang baik ialah yang melindungi kanak-kanak daripada mudarat, namun pada masa sama tidak menafikan hak serta kebebasan mereka untuk belajar, berkembang dan menyertai dunia digital secara berperingkat,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau menambah, pelaksanaan dasar itu perlu mengambil kira konteks Malaysia serta selari dengan prinsip hak kanak-kanak, termasuk pendekatan berbeza mengikut umur, tahap risiko dan jenis platform.

"Platform berisiko tinggi wajar dikenakan sekatan lebih ketat, namun ruang digital yang berunsur pendidikan, komunikasi dan pembangunan diri tidak seharusnya ditutup kepada kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan CPC merangkap pakar psikologi kanak-kanak, Dr Noor Aishah Rosli, menyifatkan had umur 16 tahun sebagai munasabah dari sudut perkembangan remaja.

Katanya, individu pada usia tersebut lazimnya mempunyai keupayaan pemikiran abstrak dan kawalan emosi yang lebih baik, sekali gus membantu mengurangkan risiko seperti kebimbangan, kemurungan, tekanan dan ketagihan media sosial.

“Langkah ini juga boleh menggalakkan interaksi sosial luar talian yang lebih sihat, termasuk hubungan dengan keluarga dan rakan melalui aktiviti fizikal,” katanya.

Namun, beliau menegaskan peranan ibu bapa kekal penting, khususnya dalam mengawal akses peranti dan penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak.

“Kita tidak boleh menafikan hak kanak-kanak untuk bersosial kerana ia penting dalam pembentukan identiti. Dalam masa sama, ibu bapa tidak boleh lepas tangan apabila kerajaan dan platform melaksanakan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar pendekatan terlalu ketat dielakkan kerana boleh mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan kanak-kanak.

“Secara psikologi, kanak-kanak tidak gemar dikawal secara berlebihan, jadi ibu bapa boleh membimbing mereka ke arah kandungan yang bermanfaat,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, pula berkata sebarang sekatan umur perlu disokong pendidikan literasi digital yang menyeluruh sejak peringkat awal.

Menurutnya, literasi digital kini menjadi keperluan asas memandangkan platform dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.

“Tanpa literasi digital, pengguna cenderung menghasilkan kandungan tanpa kepekaan, menyalahgunakan platform dan gagal membezakan maklumat sahih dengan palsu,” katanya.

Beliau mencadangkan kurikulum literasi digital merangkumi aspek pengurusan identiti, ancaman siber, keselamatan peranti, pengesahan sumber serta risiko penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan menyifatkan cadangan itu sebagai langkah progresif ke arah persekitaran internet yang lebih selamat.

Bagaimanapun, katanya, perincian lanjut diperlukan berhubung pelaksanaan serta skop platform yang terlibat.

“Jika akses disekat pada satu platform, golongan muda mungkin beralih kepada platform lain. Justeru, mekanisme pelaksanaan perlu jelas dan menyeluruh,” katanya.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang menjalankan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan berhubung cadangan tersebut.

Menurutnya, proses itu bertujuan mendapatkan maklum balas menyeluruh serta menangani kebimbangan semua pihak, di samping memastikan matlamat utama melindungi kanak-kanak dan keluarga dalam talian dapat dicapai.

Beliau berkata pelaksanaan peraturan itu berpotensi bermula seawal Jun. - Getaran, 26 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Naik Taraf, Perindah Medan Selera Demi Keselesaan Rakyat - Pakar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

DBKL Perlu Perkasakan Unit Cerun Dengan Pakar Atasi Isu Hakisan, Tanah Runtuh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad