Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Naik Taraf, Perindah Medan Selera Demi Keselesaan Rakyat - Pakar

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 10:15AM

Anwar beramah mesra dengan pengunjung ketika singgah di Medan Selera Presint 8, Putrajaya baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya medan selera, gerai serta warung di seluruh negara dinaik taraf dan diperindah merupakan langkah proaktif yang dilihat mampu memberi kebaikan kepada golongan rakyat terbanyak.

Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Suhardi Maulan berkata seruan Perdana Menteri itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Beliau berkata justeru, tempat yang sering menjadi tumpuan rakyat terbanyak untuk menikmati pelbagai juadah bersama keluarga itu perlu sentiasa bersih, indah dan memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Bagi saya, pandangan Perdana Menteri itu memang bagus sebab apabila kita makan sudah pasti mahukan suasana yang nyaman dan keselesaan ini boleh dilihat dari segi tempat makan itu dijaga bersih dan susun atur yang kemas.

"Oleh itu, bagi mewujud dan mengekalkan suasana ini, perlu ada penjagaan medan selera yang berkesan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh menjaga kawasan tersebut melalui pemantauan berterusan," katanya kepada Bernama hari ini.

Suhardi berkata pelaksanaan itu juga perlu melibatkan pelbagai pihak lain seperti Jabatan Kesihatan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang disajikan di medan selera, gerai dan warung terus terpelihara.

"PBT mesti ada garis panduan jelas macam mana sesebuah medan selera itu dibangunkan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga operasinya yang boleh jadi panduan jelas untuk dilaksanakan di seluruh negara. 

"Selain itu, PBT atau pemilik persendirian perlu melihat reka bentuk kawasan medan selera itu. Dari segi pergerakan angin atau pengalihan udara yang bagus dan pencahayaan yang baik perlu ditekankan," katanya.

Mengulas lanjut, pensyarah di Jabatan Senibina Landskap UPM itu berkata penambahbaikan visual atau reka bentuk medan selera yang mempunyai keunikan tersendiri boleh menarik ramai pelancong datang untuk menikmati suasana setempat. 

"Kita kena faham juga sesetengah elemen tempatan perlu diambil kira, mungkin medan selera di Kuala Lumpur berbeza dengan Terengganu. Sekiranya karakter tempatan diketengah seperti di Jalan Petaling berkonsepkan China manakala di Kampung Baru dibuat reka bentuk Melayu, sudah pasti mempunyai identiti yang tersendiri.

"Kalau kita lihat di Singapura, mereka menjadikan medan selera ringkas dan polisi yang ditetapkan adalah mementingkan kebersihan sehinggakan medan selera mereka terkenal, sering kali dijadikan contoh serta diuar-uarkan sebagai imej tempatan dan menjadi antara tarikan pelancong," katanya. 

Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Malaya Dr Nikmatul Adha Nordin pula berkata medan selera adalah tempat tumpuan rakyat dan diwujud bagi memenuhi keperluan setempat.

Beliau berkata apabila proses naik taraf medan selera dilaksanakan, ia  perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk harga makanan, suasana, fasiliti dan akses yang bersesuaian serta mudah kepada rakyat.

Nikmatul Adha berkata langkah itu perlu bagi mengetepikan sebarang persepsi negatif terhadap perubahan yang dilakukan terhadap medan selera.

“Mungkin ada juga beranggapan perubahan struktur ini menyebabkan kehilangan suasana warung yang sudah sebati dengan budaya sosial masyarakat kita dan dibimbangi perubahan fizikal medan selera kepada yang lebih cantik turut memberikan persepsi bahawa kedai makan itu mahal,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 4 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya