web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Hina Islam: ‘Amy Sudah Berkahwin, Ada 7 Teman Lelaki’…

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 4:50PM

Wanita dikenali sebagai Amy, mengakui dibesarkan keluarga yang taat kepada ajaran agama, malah mengenakan pakaian menutup aurat sejak kecil. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tanpa malu atau segan silu, wanita didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab baru-baru ini mengakui dibesarkan dalam keluarga yang sangat berpegang teguh kepada ajaran agama, malah mengenakan pakaian menutup aurat sejak kecil.

Menerusi pengakuan dibuat wanita bernama Siti Amira Natasya Abdullah atau membahasakan dirinya sebagai Amy  itu, dia mengakui didikan diterapkan keluarga sejak kecil ‘terlerai’ apabila membuat keputusan tidak lagi mahu bertudung sejak berusia 20 tahun.

Lebih mengejutkan, wanita berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu mendakwa sudah berkahwin, tetapi memiliki tujuh teman lelaki.

“Hello dan assalamualaikum everyone (semua), ok ramai yang message (mesej) Amy minta Amy share (kongsi) sedikit mengenai diri Amy, today (hari ini) Amy akan share serba sedikit mengenai diri Amy, nama Amy, Siti Amira Natasya, Amy berumur 26 tahun dan Amy berasal dari Kuala Kangsar, Perak, Amy sudah berkahwin dan Amy ada 7 boyfriends (teman lelaki).

“Amy dibesarkan dalam keluarga yang sangat berpegang teguh pada ajaran Islam, masa Amy umur lima ke enam tahun, Amy dah kena pakai tudung, kena tutup aurat, kena pakai stoking, tapi masa umur 20 tahun, Amy officially (secara rasmi) start (mula) tanggal tudung, tak pakai tudung anymore (lagi),” katanya.

Menurut Amy, ketika di Tingkata Satu hingga Tingkatan Tiga, dia dihantar keluarga ke sekolah berteraskan pendidikan tahfiz yang menyaksikannya mampu menghafal 15 juzuk Al-Quran.

Sebalik tamat persekolahan, dia menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan meneruskan pendidikan ke Tingkatan Enam dalam bidang perniagaan.

Katanya, dia kemudian melanjutkan pengajian kursus perhubungan awam di universiti di Pulau Pinang, sebelum bertugas dalam industri berkaitan selama setahun dan bertukar kerja ke bidang pemasaran sehingga kini.

“Sekarang Amy masih bekerja sepenuh masa dan pada masa sama Amy belajar separuh masa undang-undang, sekarang juga Ami tengah berjinak untuk jadi pelawak.

“Anda boleh tunjukkan sokongan kepada Amy dengan berkongsi video Amy dan jika anda ada soalan tambahan nak tahu pasal Amy, boleh tinggalkan soalan di komen dan Amy akan buat video untuk jawab,” katanya sebelum mengakhiri video.

Semalam, Getaran melaporkan mengenai penularan sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung, memperkenalkan diri kepada penonton ketika membuat persembahan acara ‘stand up comedy’ yang dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain serta tudungnya.

Dengan berpakaian seksi, wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut.

Susulan video yang menerima kecaman pelbagai pihak itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan kerana tindakan wanita terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam.

Amy (kiri) dan Alex ketika menjawab soalan netizen di media sosial. - Gambar tangkap layar oleh Amy dan Alex
Amy (kiri) dan Alex ketika menjawab soalan netizen di media sosial. - Gambar tangkap layar oleh Amy dan Alex

Terdahulu, selepas penularan video tindakannya ketika membuat persembahan itu, wanita terbabit dilaporkan tampil bersama kekasihnya dikenali sebagai Alex menerusi siaran langsung di media sosial untuk berinteraksi bersama netizen, termasuk menjawab soalan dilontarkan.

Sepanjang sesi itu, dia kelihatan ‘selamba’ menjawab persoalan, malah mengatakan berbangga bergelar seorang muslim.

Teman lelakinya pula menyifatkan dia sebagai wanita yang berpegang pada ajaran Islam.

Alex berkata, dirinya akan memeluk Islam dan mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat. – Getaran, 10 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad