web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 4:44PM

Gambar - JPST Bukit Aman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga remaja perempuan yang aksi mereka menunggang motosikal secara berbahaya tular di media sosial, berjaya diberkas, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Malaysia, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia antara 16 hingga 18 tahun ditahan dalam operasi di sekitar bandar Melaka.

Menurut beliau, polis terlebih dahulu mengesan penularan sebuah video yang memaparkan tiga penunggang motosikal perempuan melakukan aksi Superman di sekitar Lebuhraya Utara Selatan.

“Video berkenaan dikesan pada jam 5.34 petang, 10 Mac lalu di aplikasi X.

“Susulan video, usaha mengesan mereka telah dilakukan oleh Unit Risikan JSPT Bukit Aman bersama BSPT Melaka Tengah di sekitar bandar Melaka,” katanya.

Jelas Mohd Azman, ketiga-tiga remaja terbabit ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kesemua mereka yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dibawa ke Balai Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati kesemua mereka menyertai kumpulan motosikal yang sama, dikenali sebagai ‘Awek Melaka’.

“Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang secara konvoi dari sebuah kedai makan di Serdang, Selangor.

“Aksi berbahaya itu dilakukan kerana terpengaruh antara satu sama lain,” katanya sambil menambah, tujuh keping saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan.

Mohd Azman menegaskan, JSPT akan sentiasa melaksanakan operasi mencegah samseng jalanan secara berterusan, bagi membanteras kegiatan menunggang motosikal membahayakan nyawa orang ramai.

“Pada masa sama, JSPT komited untuk melaksanakan program advokasi  bagi melahirkan generasi penunggang motosikal yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang lalu lintas,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 4 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad