web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 4:18PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati penggunaan vape atau rokok elektronik menampakkan trend peningkatan termasuk dalam kalangan wanita, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu dikesan berdasarkan kajian komprehensif yang dijalankan KKM ketika ini, dan kajian itu turut menyediakan data prevalen antaranya mengenai penggunaan vape.

"Data prevalen itu memang menunjukkan berlaku peningkatan prevalen tentang penggunaan vape, terutamanya memandangkan vape ini dianggapkan satu produk yang semakin kuat dipromosikan oleh pihak industri.

"Prevalen kami turut mengesan berlaku peningkatan penggemar vape dalam kalangan wanita. Data pada 2017, prevalen adalah 2.8 (peratus) dan pada 2022, prevalen menunjukkan peningkatan 6.2 peratus," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang ingin tahu perancangan kerajaan menambah baik program advokasi untuk membendung trend merokok dan vape,m serta sama ada KKM telah menjalankan kajian komprehensif mengenai pencetus tabiat merokok atau vape.

Mengulas mengenai langkah atau promosi dipergiatkan kerajaan dalam membendung aktiviti merokok dan vape, Lukanisman berkata kerajaan bercadang untuk mewujudkan plan packaging bagi dikuatkuasakan sebagai standard penjualan produk rokok dan vape.

"(Contohnya) spesifikasi vape yang dikeluarkan oleh KKM seperti bentuk yang boleh dijual oleh pihak industri dan juga promosi- promosi (bendung aktiviti merokok dan vape) akan bermula dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melalui promosi kesedaran di peringkat awal pendidikan sehingga kanak-kanak dapat menolak aktiviti merokok dan vape ini," katanya.

Sementara itu, Lukanisman berkata, KKM telah melaksanakan 129 libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membincangkan dasar-dasar penguatkuasaan bersesuaian untuk membendung aktiviti merokok di kawasan terbuka.

"Itu adalah salah satu langkah dilakukan KKM... selain itu, KKM akan melaksanakan penguatkuasaan sekerap mungkin dengan bekerjasama dengan PBT untuk bantu mengekang masalah merokok di kawasan terbuka," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang ingin tahu mekanisme terbaik pelaporan orang awam terhadap individu yang dilihat merokok di kawasan larangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad