web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 9:55PM

Panel perbincangan mengenai vape pada forum khas - Gambar The Malaysian Insight

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peraturan baharu vape perlu memiliki keseimbangan untuk mengawasi, tetapi pada masa sama tidak memberi impak negatif kepada ekonomi. 

Panel perbincangan pada satu forum khas hari ini berpendapat, industri vape telah beroperasi tanpa garis panduan yang jelas sejak bertahun lamanya.

Atas faktor itu, satu peraturan yang tersusun wajar diwujudkan.

“Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan datang amat mustahak bagi menyediakan pengawasan yang diperlukan. 

“Namun pada masa sama, langkah drastik yang boleh memberi kesan kepada ekonomi, sektor runcit, pengguna dan kesihatan awam harus dielakkan,” jelas panel. 

Pengarah Urusan Pusat Penyelidikan dan Maklumat Datametrics (DARE), Pankaj Kumar berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam melaksanakan peraturan vape baharu dan memastikan ia tidak menghalang potensi manfaat dan sumbangan ekonomi industri vape.

“Peraturan drastik seperti mengharamkan paparan produk vape di tempat jualan yang sedang dalam perbincangan baru-baru ini boleh membawa kepada pasaran baharu untuk produk yang tidak mematuhi dan menyalahi undang-undang, menjejaskan keselamatan pengguna dan hasil kerajaan.

“Industri vape yang kini bernilai RM3.48 bilion menyumbang kepada ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan memudahkan pertumbuhan sektor runcit. Langkah drastik boleh menyekat pertumbuhan ini dan membawa kepada kehilangan pekerjaan,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan dan penguatkuasaan langkah drastik boleh menyebabkan peruncit menanggung kos yang tinggi.

“Kos dan pelaburan yang besar perlu dibuat untuk menyesuaikan diri dengan larangan paparan produk vape dan sumber ini boleh dibelanjakan dengan lebih baik untuk memudahkan pertumbuhan perniagaan, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa.

“Rangka kerja kawal selia yang wajar dan seimbang adalah penting untuk memastikan pasaran undang-undang vape yang boleh dipantau dan dikuatkuasakan dengan betul,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pusat Advokasi Rawatan Ketagihan Lanjutan (ACATA) Dr Arifin Fii pula menekankan perspektif kesihatan awam yang menyokong sebaranf pendidikan untuk mengurangkan bahaya. 

“Pendidikan mengenai pengurangan bahaya adalah penting. Menyedarkan perokok dewasa tentang faedah relatif untuk bertukar kepada produk vape boleh mengurangkan kelaziman merokok dengan ketara.

“Langkah-langkah larangan seperti larangan paparan boleh menjadi tidak produktif dan menghalang akses kepada alternatif yang kurang berbahaya. Ia menghantar mesej yang salah kepada perokok dan menyebabkan perokok tersalah maklumat tentang bertukar kepada produk yang kurang berbahaya,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar