web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2024 8:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritendan Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada 8.46 malam, semalam.

"Pada 15 Mei (Rabu) kira-kira 8 pagi terkesan satu gambar dimuat naik oleh pemilik akaun X, '@UPDATE1111', dan susulan itu satu laporan diterima pada 8.46 malam.

"Hasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan diterima pada 5.05 petang dan mempunyai perkataan menghina di bahagian remark atau nota pesanan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Kamarul Rizal turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu tersebut yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Semalam, tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di sini dengan kenyataan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan 'remark' oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz melalui hantaran di Facebook hari ini berharap dalang di sebalik resit itu dapat ditahan dengan segera.

Menurutnya beliau sudah berjumpa dengan wakil pengurusan di wilayah utara dan penyelia cawangan restoran makanan segera itu semalam, selepas kes tersebut tular.

Azrul berkata beliau juga telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Kumbar untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Pensyarah Didakwa Hina Nabi Dirujuk Ke AGC Selasa Ini

2

Selera 1 tahun yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad