web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Pensyarah Didakwa Hina Nabi Dirujuk Ke AGC Selasa Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2024 6:16PM

Razarudin Husain - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu juga berkata polis menerima sembilan laporan berhubung kes tersebut, setakat ini.

"Lima individu telah dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan. Kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada AGC Selasa ini," katanya semasa dihubungi hari ini.

Pensyarah itu, yang ditemani peguamnya juga telah menjawab 23 soalan ketika sesi rakaman keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada 25 November.

Pada 21 November, polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di laman Facebook yang mendakwa pensyarah itu menghina Nabi Muhammad SAW semasa berceramah dalam satu konvensyen.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian atas alasan agama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Janji Lebih Agresif, Perkukuh Reformasi Institusi

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kes Zara Qairina: AGC Teliti Kenyataan Shafie Apdal

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pertuduhan Terhadap 5 Remaja Berhubung Buli, Tiada Kaitan Kes Kematian Zara Qairina - AGC

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran