web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertuduhan Terhadap 5 Remaja Berhubung Buli, Tiada Kaitan Kes Kematian Zara Qairina - AGC

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2025 9:40PM

Zara Qairina Mahathir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan pendakwaan lima remaja bawah umur dibuat di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana pertuduhan itu merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina Mahathir.

Kenyataan AGC memaklumkan keputusan menuduh kelima-lima remaja di bawah seksyen itu adalah berdasarkan penelitian jabatan berkendan terhadap kertas siasatan.

"Jabatan ini sekali lagi menegaskan bahawa pertuduhan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan di dalam kes ini adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan AGC itu merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh peguam lantikan Noraida Lamat iaitu ibu Zara Qairina, 13, yang memohon untuk menangguhkan pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) dan cadangan pertuduhan pihak peguam di bawah Seksyen 507D(2).

Menurut AGC, kenyataan peguam sekiranya pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) diteruskan dan semua tertuduh mengaku bersalah esok atau pada tarikh lain, apabila siasatan lanjut ataupun inkues menemui keterangan yang boleh membuktikan berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 507D(2) atau kesalahan lebih berat, mereka tidak lagi boleh didakwa atas dasar double jeopardy yang termaktub di dalam Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan, adalah bersifat spekulatif tanpa disokong oleh fakta yang tepat.

AGC turut memaklumkan prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu esok berhubung kes buli membabitkan pelajar itu.

Seksyen 507C (1) memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya manakala Seksyen 507D(2) membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Isnin menetapkan 3 September ini untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina.

Pada 12 Ogos lepas, AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh PDRM berhubung kes tersebut.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Janji Lebih Agresif, Perkukuh Reformasi Institusi

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kes Zara Qairina: AGC Teliti Kenyataan Shafie Apdal

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Pensyarah Didakwa Hina Nabi Dirujuk Ke AGC Selasa Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Isu GEG: AGC Dakwa Konsisten Beri Pandangan Sejak 2022

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad