web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Zara Qairina: AGC Teliti Kenyataan Shafie Apdal

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2025 1:57PM

Zara Qairina Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti secara terperinci setiap kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Datuk Seri Moha Shatie Apdal berhubung kes pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir.

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian tersebut selesai.

"Jabatan ini memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Mohd Shafie semasa berucap di majlis Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan pada 20 September 2025.

"Kenyataan sedemikian berpotensi menimbulkan persepsi yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kelancaran prosiding mahkamah yang sedang berlangsung," menurut kenyataan itu.

Jabatan itu sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan kekeliruan atau mengganggu kelancaran prosiding mahkamah.

Sebelum ini, sebuah rakaman video satu majlis makan malam yang tular memaparkan Mohd Shafie mempersoalkan tempoh panjang prosiding inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar itu.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi 16 Julai.

Pada 13 Ogos, AGC mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh polis.

Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC telah mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Janji Lebih Agresif, Perkukuh Reformasi Institusi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Inkues Zara Qairina: Warden Arah 2 Pelajar Bersihkan Darah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pertuduhan Terhadap 5 Remaja Berhubung Buli, Tiada Kaitan Kes Kematian Zara Qairina - AGC

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad