Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Keputusan Kerajaan Terima Pelbagai Reaksi, Undang Kritikan Kerana ‘Flip Flop’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 3:06PM

Ada pengguna media sosial yang mengkritik keputusan dibuat kerajaan sambil menegaskan, harga barang di pasar raya mula naik ekoran timbulnya pelbagai spekulasi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung dan atau mengapungkan harga ayam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Tinjauan Getaran mendapati, ada pengguna media sosial yang melahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas keputusan tersebut dan memuji keprihatinan Perdana Menteri kerana mendengar keluh kesah rakyat.

Tidak kurang yang mengkritik kerajaan kerana dilihat ‘flip flop’ dalam perkara tersebut sehingga menyebabkan kekeliruan ramai.

Ada juga pengguna media sosial yang mengambil kesempatan untuk memohon kerajaan agar menarik semula pemansuhan subsidi terhadap minyak masak dalam botol.

Seorang pengguna Facebook, Abdullah Pak Lah MY memanjangkan kesyukurannya terhadap keputusan kerajaan tersebut dan berharap ia memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, terbaik PM (Perdana Menteri). Moga Rakyat Malaysia mendapat manfaatnya. PM yang mendengar keluh kesah rakyat #KeluargaMalaysia,” katanya.

Perkara sama turut diluahkan pengguna Facebook, Nena Ahmad yang berterima kasih kepada Ismail Sabri di atas keprihatinan ditunjukkan.

“Alhamdulillah. Terima kasih Pak Long atas keprihatinan #KeluargaMalaysia,” katanya.

Namun begitu, nada berbeza diluahkan seorang pengguna Facebook, Asis Jambo yang mengkritik keputusan dibuat kerajaan sambil menegaskan, harga barang di pasar raya mula naik ekoran timbulnya pelbagai spekulasi.

Dakwanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pula tidak mengambil peranan dalam mengekang kenaikan harga barang tersebut.

Sementara itu, pengguna Facebook, Azmi Ismail pula meluahkan rasa keliru ekoran pengumuman pusingan U tersebut.

“Konfius... semalam menteri kata lain, hari ini PM kata lain... esok apa pula kata presiden,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain, Anjang Lee memohon Perdana Menteri menarik semula pemansuhan subsidi minyak masak botol dan memberitahu, terdapat kekurangan bekalan minyak masak paket satu kilogram di pasaran.

“Kebanyakan pekedai runcit mencatu jualan,” dakwanya.

Kenyataan itu dibalas seorang lagi pengguna, Rino Black yang menegaskan, subsidi minyak dalam paket sudah pun mencecah RM4 bilion.

Jika subsidi melibatkan minyak masak dalam botol diteruskan, adakah kedai makan akan menurunkan harga makanan yang dijual atau tetap menaikkan harga dengan pelbagai alasan lain, soalnya.

“Cadangan yang paling bagus, kerajaan mengarahkan agensi yang terlibat pantau masalah kekurangan minyak paket sahaja,” katanya lagi.

Semalam, kerajaan membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung dan memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak 5kg Turun Kepada RM30.90 Bermula Selasa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Barangan Tersenarai Di Bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemborong Telur Kenakan Caj Pengendalian Diberi Notis

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

Semasa 5 jam yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

Semasa 21 jam yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Reman Suspek Kes Tembak KLIA Disambung 5 Hari Lagi

oleh Wartawan Getaran