web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 6:10PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Harga diesel akan diapungkan pada RM3.35 seliter mulai tengah malam Isnin di seluruh negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, harga tersebut berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik untuk Mei.

Harga diesel sebelum ini yang diumumkan pada 5 Jun lalu adalah RM2.15 seliter.

Amir Hamzah berkata, kerajaan akan mengumumkan harga pasaran diesel setiap minggu mengikut amalan standard oleh kementerian.

Beliau berkata sebanyak 30,000 pemilik kenderaan diesel persendirian daripada kategori B40 akan menerima RM200 di bawah program subsidi BUDI MADANI esok.

Langkah ini tidak melibatkan Sabah dan Sarawak.

Anir Hamzah berkata, permohonan untuk mendapatkan subsidi bersasar masih dibuka dan pengguna yang layak digalakkan segera mendaftar dengan sistem BUDI MADANI.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata subsidi diesel akan ditarik balik untuk ‘golongan kaya dan warga asing’.

Anwar berkata, subsidi diesel akan dilasanakan terlebih dahulu di Semenanjung, sebelum diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Bagi mengelakkan sebarang peningkatan drastik dalam kos barang dan perkhidmatan, Anwar berkata subsidi akan diteruskan untuk peniaga yang menggunakan kenderaan komersial berkuasa diesel serta pengangkutan awam.

Sebanyak 10 jenis kenderaan pengangkutan awam, termasuk bas dan teksi, serta 23 kenderaan pengangkutan barangan, akan berada di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). – The Vibes,  9 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Diesel Bersasar Langkah Tepat Pastikan Bantuan Sampai Kepada Golongan Sasar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 30,000 Pemohon Terima Bantuan Tunai Pertama BUDI MADANI Isnin Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Golongan B40, M40 Di Semenanjung Layak Mohon Budi Madani

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad