web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 8:00PM

KPDN telah merintis perluasan BUDI MADANI: SKDS 2.0 pada 7 Mac lepas yang pada awalnya hanya terbuka kepada sembilan jenis kenderaan pengangkutan barangan. – Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Sebanyak 59,940 syarikat melibatkan 198,046 kenderaan pengangkutan awam dan barangan telah mendapat kelulusan subsidi diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat Rabu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggguna, Datuk Armizan Ali dalam kenyataan semalam berkata permohonan menyertai SKDS menunjukkan peningkatan kadar harian yang tinggi setelah pengumuman pelaksanaan penyasaran subsidi dan pelarasan harga baharu diesel bermula Isnin lepas. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merintis perluasan BUDI MADANI: SKDS 2.0 pada 7 Mac lepas yang pada awalnya hanya terbuka kepada sembilan jenis kenderaan pengangkutan barangan.

Pada 13 Mei, SKDS 2.0 telah ditawarkan kepada tambahan 14 jenis pengangkutan barangan menjadikan keseluruhan 33 jenis pengangkutan terlibat termasuk penerima awal SKDS 1.0 iaitu 10 jenis kenderaan pengangkutan awam.

Armizan berkata, sehari sebelum pelarasan harga bermula iaitu pada 9 Jun lepas KPDN menerima keseluruhan permohonan daripada 40,264 syarikat melibatkan 156,242 kenderaan. 

“Kelulusan permohonan meningkat pada kadar tertinggi pada 10 Jun yang merekodkan 8,584 syarikat melibatkan 19,612 kenderaan pengangkutan awam dan barangan. 

“Ini adalah peningkatan sebanyak 7,097 (477 peratus) syarikat dan 16,584 (548 peratus) kenderaan berbanding hari sebelumnya pada 9 Jun yang hanya mencatatkan kelulusan permohonan 1,487 syarikat dengan 3,028 kenderaan,” katanya.

Beliau berkata kelulusan serta-merta boleh diberikan melalui sistem MySubsidi Diesel sebaik permohonan disertakan dengan maklumat lengkap.

“KPDN menjangkakan permohonan akan terus meningkat khususnya sehingga 30 Jun ini, selaras dengan tarikh akhir pembayaran semula secara tunai kepada penerima SKDS yang masih belum menerima fleet card,” katanya.

Armizan turut menggesa syarikat pengangkutan yang layak untuk segera membuat permohonan melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my bagi mendapat manfaat subsidi bersasar ditawarkan oleh kerajaan itu.

Kerajaan memperkenalkan BUDI MADANI dengan peruntukan subsidi RM200 tunai bulanan diberikan kepada golongan yang layak seperti petani dan pekebun kecil serta pemilik kenderaan diesel persendirian dan permohonan boleh dibuat bermula Isnin lepas. 

Inisiatif itu adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, meliputi bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) serta syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Bermula 10 Jun lepas, harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 per liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran