web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2026 10:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai, khususnya warga emas diminta berwaspada dengan sindiket penipuan ‘gores dan menang’ yang kebelakangan ini kian rancak beroperasi. 

Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, skim berkenaan yang sering dipromosikan sebagai kempen ‘cabutan bertuah’, ‘pelanggan ke-100’ selain ‘gores dan menang’ boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan sekiranya melibatkan unsur penipuan atau amalan yang mengelirukan pengguna.

Menurut beliau, data kerajaan merekodkan sebanyak 30 kes dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, bersamaan kira-kira seorang mangsa setiap tiga hari.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding hanya enam aduan yang direkodkan pada 2022 dan 99 aduan sepanjang tahun lalu,” katanya.

Jelas jurucakap tersebut, mangsa lazimnya didekati di tempat awam, sebelum diminta menggores tiket yang sengaja direka bagi memberi gambaran seolah-olah mereka telah memenangi hadiah seperti wang tunai atau barangan mewah.

Mangsa kemudian katanya, ditekan untuk membuat bayaran kononnya bagi caj pemprosesan, cukai atau yuran tersembunyi, selain dipujuk membeli produk yang dijual pada harga tidak munasabah dan melampau.

“Kami memandang serius perkara ini kerana warga emas merupakan golongan rentan yang lebih mudah terdedah kepada manipulasi psikologi serta mempunyai keterbatasan dalam mengakses maklumat dan teknologi digital.

“Siasatan mendapati kebanyakan promosi terbabit menggunakan dakwaan mengelirukan dengan menyatakan pengguna secara automatik telah memenangi hadiah, walaupun syarat tersembunyi dikenakan terhadap tawaran berkenaan,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, antara taktik yang dikenal pasti termasuk syarat pembelian minimum yang tidak didedahkan, bayaran tambahan, prosedur penebusan yang kabur serta terma dan syarat tidak jelas.

Dedahnya, mangsa juga berdepan tekanan jualan secara agresif apabila dipaksa membuat keputusan pembelian segera, tanpa diberi masa mencukupi untuk mempertimbangkan tawaran atau mengesahkan kesahihannya.

“Tindakan sedemikian boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Perihal Dagangan yang melarang tawaran hadiah palsu, pengiklanan mengelirukan, taktik promosi menipu serta perihal dagangan yang tidak tepat.

“Kementerian mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan terhadap premis perniagaan yang disyaki terlibat dalam amalan promosi tidak beretika,” katanya.

Beliau memberi amaran, kompaun atau pendakwaan boleh dimulakan di mahkamah dan pesalah berdepan denda atau hukuman penjara sekiranya terdapat bukti mencukupi mengenai pelanggaran.

“Operasi pemantauan dan penguatkuasaan di premis perniagaan telah dipergiatkan untuk menangani perkara ini, manakala tindakan undang-undang akan terus diambil terhadap peniaga yang didapati mengeksploitasi pengguna,” katanya. - Getaran, 8 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tidak Benar - KPDN

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bakar Pekerja Kedai Nombor Ramalan, Pemandu E-Hailing Didakwa Cuba Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Jadikan Nilai Islam Contoh Dalam Pentadbiran, Pendidikan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Ibu Yang Rela Anaknya Dikenang Dengan Cara Menyedihkan’ - Kasturi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

oleh Sophia Ahmad