web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 12:17PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencatatkan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07 atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Pantau 2024 di bazar Ramadan dan Aidilfitri yang dijalankan di seluruh negara sejak 12 Mac sehingga Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, rampasan tersebut dilakukan daripada 84 kes yang dihasilkan atas kesalahan seperti tidak meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan.

"Sepanjang tempoh tersebut, 20,854 premis telah diperiksa di seluruh negara termasuk 685 pemeriksaan di Bazar Aidilfitri di seluruh negara sejak Ops Pantau ini dilancarkan.

"Selain itu, kita juga menerima sebanyak 623 aduan daripada pengguna dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan di bawah Ops Pantau 2024 di Bazar Aidilfitiri, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, seramai 2,200 pegawai penguat kuasa digerakkan di seluruh negara bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini.

Menurutnya, selain bazar Ramadan dan Aidilfitiri, penguatkuasaan juga dijalankan secara berfokus di seluruh negara di lokasi tumpuan seperti pasar raya dan kedai runcit termasuk penjualan secara dalam talian.

Azman mengingatkan peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang ditetapkan kerajaan, terutamanya sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.

"Pengguna juga dinasihatkan berjimat-cermat dan rancang perbelanjaan bagi elak dimanipulasi segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini," katanya.

Sementara itu, sepanjang tempoh itu juga beliau berkata, aduan paling banyak diterima adalah dari pengguna Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, manakala kesalahan paling banyak dikesan di Sabah, Perak dan Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, Azman turut menasihatkan pengguna melaporkan terus kepada KPDN menerusi pelbagai saluran disediakan sebelum menularkan sesuatu kesalahan yang dilakukan peniaga.

"Kalau boleh jangan tularkan dulu, sebab kadang-kadang banyak kes yang kami dapati kalau tularkan dulu, sukar untuk jalankan siasatan sebab kebanyakan bukti sudah dihapuskan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tidak Benar - KPDN

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar