web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Mahu Buka Kasino Di Forest City, Berjaya Corporation Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 8:30AM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) sudah membuat laporan polis berhubung laporan berita yang mengaitkan Pengerusi Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dengan apa yang dikatakan sebagai perbincangan untuk membuka kasino di pembangunan Forest City di Johor Bahru.

Syarikat itu, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata laporan polis berkenaan dibuat pada 26 April lalu, bagi membolehkan pihak polis memulakan siasatan terhadap laporan dikeluarkan oleh agensi Bloomberg LP dan The Edge Singapore pada 25 April.

Kenyataan itu menyebut, kedua-dua laporan berkenaan yang bertajuk MALAYSIA IN TALKS WITH TYCOONS ON CASINO TO REVIVE $100 BILLION FOREST CITY" yang diterbitkan Bloomberg LP dan “MALAYSIA MULLS CASINO AT FOREST CITY" oleh The Edge Singapore, mengandungi maklumat tidak tepat, yang salah nyata (misrepresent) penglibatan pihaknya dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai projek Forest City.

“Berdasarkan perkara di atas, wakil undang-undang kami telah membuat laporan polis pada 26 April 2024 agar pihak polis memulakan siasatan berhubung perkara di atas, khususnya untuk, antara lain, memastikan dan mengetahui kononnya "sumber yang tidak dinamakan" yang menyebarkan kenyataan tidak benar dan palsu.

“Kami percaya pihak polis akan membuat apa yang perlu untuk menyiasat dan dengan hormatnya menggalakkan penerbitan dibuat dengan lebih bijak sebelum membuat sebarang tuduhan tanpa pengesahan terlebih dahulu,” katanya.

Kenyataan itu juga sekali lagi mengulang serta menjelaskan bahawa Vincent tidak pernah terbabit dalam apa-apa perbincangan sedemikian dengan pihak yang dinamakan, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia), Tan Sri Lim Kok Thay serta mana-mana wakil Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Katanya, syarikat itu menafikan semua dakwaan tidak tepat dalam laporan berita berkenaan.

“Kami amat percaya bahawa penerbitan atau dan / ulang terbit laporan berkenaan, yang mengandungi kenyataan yang sama sekali salah dan tidak benar, dibuat dengan niat jahat, bertujuan untuk menyebabkan pergolakan politik, menjejaskan kepercayaan orang ramai dan memutarbelitkan persepsi orang ramai terhadap YDPA Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Malaysia.

“Penerbitan berniat jahat sedemikian diburukkan lagi dengan kedua-dua agensi berita tidak membuat sebarang percubaan untuk mengesahkan kebenaran dan ketepatan kenyataan dalam artikel sebelum menerbitkan perkara yang sama, terutamanya apabila kenyataan itu dikaitkan dengan "sumber yang tidak dinamakan",” katanya.

Pada 25 April lalu, Perdana Menteri menafikan kerajaan akan meluluskan pembukaan sebuah lagi kasino di Forest City, di Johor Bahru, sekali gus menafikan laporan Bloomberg News yang memetik sumber, bahawa beliau bertemu dengan Vincent dan Kok Thay, dua minggu lalu, untuk membincangkan perkara itu.

"Tiada kasino berlesen...tipu...tidak betul," beliau dilaporkan berkata.

Forest City adalah projek bernilai US$100 billion (RM470 bilion), yang dilancarkan pada 2014 oleh syarikat hartanah gergasi China sebelum ini, Country Garden, dengan kerjasama rakan niaga tempatan.

Ia bagaimanapun terkesan dengan situasi pasaran hartanah China, penularan pandemik COVID-19 serta kemerosotan ekonomi. – Getaran, 29 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad