web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MyCC, KPDN Jalin Kerjasama Pastikan Pengguna Tak Berdepan Isu Gula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 2:05PM

MyCC sedang bekerjasama dengan KPDN untuk memastikan bekalan dan jualan gula di pasaran bebas daripada sebarang gangguan, demi kepentingan pengguna. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memastikan bekalan dan jualan gula di pasaran bebas daripada sebarang gangguan, demi kepentingan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai pelbagai isu menyelubungi bekalan dan jualan gula di pasaran, termasuk dakwaan berkenaan pengumpulan stok secara berlebihan, jualan bersyarat serta keengganan untuk membekalkan produk itu yang membabitkan sesetengah perusahaan.

“Amalan ini kini dipantau rapat dan MyCC komited untuk mengambil tindakan bersesuaian bagi melindungi persaingan dalam pasaran, termasuk melindungi kepentingan pengguna,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MyCC menyeru semua pemain industri gula, termasuk pengeluar dan pemborong, menilai semula tindakan atau dasar mereka bagi memastikan aktiviti dijalankan selaras undang-undang berkaitan, terutama Akta Persaingan 2010.

“Pengumpulan stok secara berlebihan bagi tujuan pengawalan akses pasaran dan saluran bagi pembekalan dan/atau penjualan gula oleh sekumpulan pemain gula atau pemain gula dominan, boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan tegas di bawah Seksyen 4(2)(c) untuk mana-mana kumpulan dan Seksyen 10(2)(b) akta terbabit untuk mana- mana pemain dominan,” katanya.

Iskandar berkata, MyCC juga ingin menekankan bahawa pengenaan syarat seperti mengikat atau menggabungkan (tying or bundling) kepada pembekalan dan/atau penjualan gula oleh mana-mana pemain utama pada mana-mana peringkat pasaran juga, adalah pelanggaran di bawah Seksyen 10(2)(e) akta berkenaan.

Menurutnya, Seksyen 10(2)(c) Akta Persaingan 2010 turut melarang mana-mana pemain utama dalam pasaran gula terbabit, dengan pelakuan keengganan untuk membekal atau menjual kepada mana-mana pembeli dengan sengaja.

Ketiga-tiga amalan itu, katanya, adalah dilarang dan boleh membawa kepada penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada jumlah pusing ganti dunia pemain terbabit.

“MyCC mempunyai kuasa untuk mengenakan penalti kewangan secara bebas, pada masa sama tindakan penguatkuasaan dikenakan di bawah undang-undang berkaitan yang dikuatkuasakan KPDN, seperti Akta Kawalan Bekalan 1961.

“MyCC akan memastikan tindakan efektif diambil termasuk melancarkan penyiasatan menyeluruh, jika perlu.

“Kami juga komited dalam menguatkuasakan akta terbabit bagi memastikan pasaran yang sihat dalam industri gula,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Op Manis yang dilaksanakan bagi memastikan bekalan dan pengedaran gula stabil, diteruskan hingga 30 Jun dan diperluas ke seluruh negara.

Ujarnya, kementerian melalui langkah penguatkuasaan berkenaan yang digelar Op Manis 2.0 akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjual gula putih bertapis kasar dan halus secara bersyarat, menyorok bekalan atau menjual melebihi harga kawalan.

Sekiranya berlaku perkara-perkara ini, tegasnya, KPDN mengeluarkan satu arahan supaya pesalah laku ini digantung lesen untuk tujuan siasatan dan disenarai hitam jika terbukti bersalah kerana pihaknya tidak mahu mendengar lagi berhubung isu terbabit,” katanya. - Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad