web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR: Daftar Pemilih Johor Cecah 2.7 Juta Menjelang PRN

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2026 1:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah pemilih berdaftar di Johor meningkat kepada 2,725,559 sehingga hujung tahun lalu, mencatatkan peningkatan sebanyak 4.16 peratus berbanding 2,616,575 pemilih yang direkodkan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Nor Nekman Jaimon berkata, peningkatan itu yang bersamaan dengan 108,984 pemilih tambahan, majoritinya didorong pelaksanaan berterusan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara berusia 18 tahun ke atas.

Menurut beliau, peningkatan tersebut adalah berdasarkan daftar pemilih sehingga Disember 2025.

“Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar mempunyai jumlah pemilih berdaftar paling tinggi iaitu sebanyak 129,344 orang," katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata, pertambahan pesat daftar pemilih itu mencerminkan konsistensi kemasukan bulanan pengundi baharu yang layak, dengan antara 30,000 hingga 40,000 warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik ke dalam daftar pemilih di Johor setiap bulan.

Penambahan ini katanya, dimasukkan ke dalam daftar pemilih tambahan, yang kemudiannya diperaku dan diwartakan sebelum dibuka untuk tempoh semakan awam selama 30 hari.

Nor Nekman berkata, kemas kini terbaharu daftar pemilih juga menunjukkan pergerakan pengundi yang ketara antara kawasan pilihan raya, serta perubahan dalam status dan kategori pengundi.

Mac lalu, daftar pemilih tambahan merekodkan 40,958 pendaftaran automatik, 11,134 pertukaran kawasan pilihan raya, dan 965 kemas kini status atau kategori pengundi.

Daftar tambahan bagi April yang masih dibuka untuk semakan awam sehingga 19 Jun, merekodkan 39,111 pendaftaran automatik, 15,880 pertukaran kawasan, dan 1,369 kemas kini status.

Tambah beliau, SPR telah bersiap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan pilihan raya negeri akan datang, dengan 42,786 petugas diletakkan dalam keadaan bersedia untuk ditugaskan.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah mencetuskan keperluan perlembagaan untuk pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari, sekali gus menyediakan landasan bagi persaingan politik yang bakal menjadi tumpuan di negeri tersebut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi. 

Pakatan Harapan memperoleh 12 kerusi, dengan DAP memenangi 10 kerusi, PKR satu, dan Amanah satu, manakala Perikatan Nasional memenangi tiga kerusi dan Muda meraih satu kerusi. - Getaran, 2 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

3

Politik 2 hari yang lalu

Tiada Lagi Rundingan, DAP Melaka Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan - Ab Rauf

4

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran