web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2025 7:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata perkara itu susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mac, bersetuju dengan syor KPDN menubuhkan jawatankuasa itu yang berperanan memperkasakan kerjasama rentas kementerian untuk menangani isu berkaitan harga dan bekalan barang.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar dan akan turut dianggotai wakil Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Perladangan dan Komoditi dan agensi berkaitan.

"Penubuhan jawatankuasa ini juga bertujuan menambah baik bentuk kerjasama ad hoc kepada gerak kerja yang lebih strategik dan berterusan.

"Alhamdulillah tahun ini kita dapat membendung elemen yang menganggu bekalan barangan dan penstabilan harga, namun Kabinet mahu ia dapat diteruskan dan ditambah baik (menerusi jawatankuasa ini)," katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN.

Mesyuarat pertama jawatankuasa itu bakal diadakan Mei ini dan akan bersidang setiap dua bulan.

Armizan berkata menerusi jawatankuasa itu, pemantauan akan dilaksanakan terhadap barang keperluan seperti daging, ayam, telur, beras dan minyak masak dengan pelan intervensi kerajaan akan dipertimbangkan sekiranya wujud isu harga dan bekalan di pasaran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Mahu Lepas Peluang, Orang Ramai Serbu Jualan ‘Termurah’ MADANI

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad