web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Mahu Lepas Peluang, Orang Ramai Serbu Jualan ‘Termurah’ MADANI

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 12:14PM

Jualan ‘Termurah’ MADANI produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit pada harga yang rendah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM  - Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di sini, sejak awal pagi, kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah terutama Beras Putih
Malaysia MADANI pada Jualan Termurah MADANI hari ini.

Kebanyakan mereka juga menyifatkan inisiatif Jualan Termurah MADANI banyak memberi manfaat kepada rakyat bagi meringankan beban dalam menangani isu kos sara hidup.

Program berkenaan memfokuskan kepada penawaran produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit yang dijual pada harga murah.

Pekerja kilang, Mohd Syukran Rahmad, 50, berkata dia datang seawal 7.30 pagi untuk mendapatkan Beras Putih Malaysia MADANI yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.

"Saya datang dengan isteri dan kami dapat beli dua kampit beras, dapatlah bertahan selama sebulan dan kami turut beli beberapa barang keperluan lain seperti gula, tepung gandum, minyak paket, ayam dan ikan pada harga murah berbanding pasaran.

"Saya dan isteri selalunya memang akan pergi beli barang keperluan di Jualan MADANI atau Jualan Rahmah yang dianjurkan di sini kerana kami dapat berjimat. Sekurang-kurangnya dapat jimat sehingga RM100 sebulan...itu dah cukup baik untuk keluarga saya," kata bapa kepada tiga anak itu kepada BERNAMA hari ini.

Suri rumah Nurul Atikah Mohd Fauzi, 35, pula berkata dia dapat berjimat sehingga 30 peratus dengan membeli-belah di Jualan Termurah MADANI hari ini dan tumpuanny adalah beras serta barangan kering untuk kegunaan harian di rumah.

Dia yang tinggal di Permatang Pauh dan mempunyai tiga anak berkata selain murah, barang-barang ditawarkan juga berkualiti malah ada yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

"Macam harga ayam mungkin di pasar sekilo RM9 lebih tapi di sini (Jualan Termurah MADANI) sekilo baru RM7.50 malah di sini juga terdapat pelbagai pilihan ikan dijual dengan harga murah berbanding jualan (ikan) di Jualan MADANI atau Jualan Rahmah biasa.

"Sebenarnya, bila ada peluang jualan murah seperti ini sedikit sebanyak sangat melegakan kami golongan berpendapatan rendah ini. Puas hati dapat beli barangan keperluan hari ini termasuk barangan basah," katanya yang memaklumkan suaminya bekerja kilang di Batu Kawan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan tinjauan sempena program berkenaan. Beliau menghabiskan masa kira-kira 45 minit menyantuni peniaga dan pengguna yang mengunjungi jualan tersebut.

Anwar turut melancarkan jualan Beras Putih Malaysia MADANI pada majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Kebangsaan mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Pada Rabu, Syed Abu Hussin Hafiz memaklumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia MADANI yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kg sekampit berkuat kuasa 19 Feb ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Мас. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad