web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:26PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua menteri supaya turun padang untuk melihat sendiri keadaan semasa, termasuk isu berkaitan harga dan kuantiti barang keperluan di pasaran menjelang sambutan Aidilfitri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu ditegaskan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan maklum balas yang diterima beliau dalam beberapa siri program.

"Penekanan ini juga diberi sebelum sambutan Aidilfitri jadi pesanan dan arahan daripada Perdana Menteri akan dilaksanakan oleh semua menteri," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Fahmi, yang juga jurucakap kerajaan berkata, pada mesyuarat itu Jemaah Menteri turut menegaskan kepentingan Sidang Kemuncak KL20 yang berlangsung dari 22 hingga 23 April ini untuk mengetengahkan aspek bagi syarikat pemula niaga terutama dalam bidang teknologi.

"Dalam masa terdekat, lebih banyak bahan promosi dan ruang akan diberikan untuk program KL20. Jemaah Menteri difahamkan akan ada beberapa pengumuman penting terutama bagi start-up scene. 

"Jadi insya-Allah, selepas Aidilfitri akan ada siri pengumuman atau promosi yang akan diterajui Kementerian Ekonomi," katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga mengambil maklum Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan telah menyembah permohonan ampun kepada Seri Paduka Baginda.

"Jemaah Menteri juga maklum mengenai hantaran di Facebook Tuanku dan menjunjung kasih perkenan Tuanku menerima menghadap pengasas tersebut.

"Jemaah Menteri juga senada bahawa aspek penguatkuasaan perlu ditegaskan dan disegerakan, mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku mengenai keperluan untuk menangani mereka yang cuba menghasut rakyat," katanya.

Ditanya kaedah menangani pihak yang menghasut rakyat termasuk penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta 747, Fahmi berkata, perkara itu tidak dibincangkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Senarai Jemaah Menteri MADANI Hampir Dimuktamad

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad