web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Bahan Mentah Kerana Perang Russia- Ukraine Punca Baja Subsidi Lewat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 3:11PM

Zamri Yaakob - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelewatan penghantaran baja subsidi kepada petani seperti dilaporkan di Kedah semalam berpunca daripada ketiadaan bekalan sejenis bahan mentah yang diimport iaitu muriate of potash (MOP) ekoran peperangan Russia-Ukraine.

Dalam sesi wawancara bersama Getaran hari ini, Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Zamri Yaakob berkata, bahan mentah tersebut diimport dari negara Belarus yang terkesan dengan peperangan berkenaan, menyebabkan ia tidak dapat dibawa keluar dari negara terbabit.

Menurut beliau, satu campuran baja yang sempurna memerlukan gabungan beberapa jenis bahan mentah termasuk urea dan MOP.

Bagaimanapun Zamri memberitahu, isu kelewatan baja subsidi kepada petani itu telah selesai dan kilang NAFAS di Gurun, Kedah sudah mengeluarkan mengeluarkan 1,000 tan baja sehari.

"Memang ada rungutan kerana masalah bekalan baja ini tidak menepati kehendak pesawah dan jadualnya telah lari. Ini bukan salah kita, ia berpunca daripada bekalan baja yang kita import.

"Contohnya baja MOP, kita import 70,000 hingga 80,000 tan setahun. Baja ini 100 peratus kita beli dari Belarus. Jadi apabila peperangan Russia-Ukraine (berlaku), baja ini tidak boleh keluar kerana kapal tidak boleh bawa dan lori tidak boleh hendak mengangkut, jadi kita tidak dapat bekalan sehinggakan 40 hari kilang kita di Gurun, Kedah ini tidak beroperasi," katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan Getaran semalam berhubung isu kelewatan penghantaran baja subsidi oleh kerajaan, yang didakwa mampu membantutkan usaha petani meningkatkan hasil demi membanyakkan pendapatan.

Mahfuz Omar - Gambar Bernama
Mahfuz Omar - Gambar Bernama

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau menerima banyak rungutan daripada petani berhubung perkara tersebut.

Katanya, ada dalam kalangan petani merayu kerajaan mempercepatkan penghantaran, memandangkan jumlah baja yang diedar ketika ini masih belum mencukupi.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, pihaknya berjanji akan lebih proaktif dalam menangani permasalahan seumpama itu pada masa akan datang.

"Sebab itu kita akan melawat kilang kita di Gurun pada 26 Mei ini. Saya akan bawa ahli Jemaah NAFAS yang terlibat dengan padi, misalnya ahli lembaga pengarah dari Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

"Bersama-sama saya melawat kilang, kita akan mendengar pembentangan taklimat daripada pengurusan kilang kepada kita supaya masalah ini dapat diberitahu kepada pesawah,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangunan Simpan Baja Dan Racun Terbakar

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pertubuhan Peladang Diwartakan Sebagai Badan Awam Di Bawah Akta SPRM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kadar Dividen Skim Pelaburan Khas DPK 8 Peratus - Mohamad Sabu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Sekat Monopoli Beras Langkah Terbaik, Perlu Tubuhkan Semula LPN - PESAWAH

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad